Nama bangunan ini, iaitu Merdeka, diinspirasikan oleh Stadium Merdeka yang terletak berdekatan.[10]Puncak menara selesai pada Disember 2022, menandakan ketinggiannya pada 678.9 m (2,227 ka) di atas tanah dan 700.9 m (2,300 ka) di atas paras laut.[11]
Pembangunan Menara Merdeka 118 melibatkan tanah seluas 19 ekar (7.7 he) didanai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB),[13][14] dengan biaya RM5 bilion.[3] Ketika selesai pada 2023,[15] menara ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.[16] Ia dibangunkan dalam tiga fasa dan terdiri daripada 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) ruang kediaman, hotel dan komersial.[17]
Bangunan ini ialah gabungan ruang pejabat, hotel, dan gerai peruncitan, serta lantai pencerapan yang akan menjadi geladak cerap tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai dua geladak cerap, pertamanya di dalam bangunan dan keduanya di dalam puncak menara, dan pusat perniagaan runcit (118 Mall). Ia akan dikelilingi dengan empat ekar taman lelurus dan bandaran.[18] Ruang yang tidak boleh disewakan pula terdiri daripada kemudahan lif, rekreasi dan penyelenggaraan, semacam ruang letak untuk lebih 8,500 buah kereta. Enam puluh daripada 80 tingkat ruang pejabat akan disediakan untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu pemaju dan subsidiari projek ini.[19][20]
Bangunan ini direka dengan gabungan muka kaca berbentuk berlian menandakan kerencaman rakyat Malaysia. Reka bentuknya dibuat melambangkan dan diilhamkan oleh gerak isyarat tangan Tunku Abdul Rahman yang direntang ketika melaungkan "Merdeka!",[24] semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Salutan bangunan ini nanti terdiri daripada 18,144 buah panel, 114,000 meter persegi kaca, dan 1,600 tan penyemperitan bingkai tingkap. Ia nanti mempunyai 118 Mall, pejabat Gred-A, hotel, dan kawasan kediaman. Jurutera strukturnya ialah Leslie E. Robertson Associates dan Robert Bird Group sedangkan jurutera rekod awam dan struktur untuk menara ini ialah Arup.[25][26] Bangunan ini akan dilengkapi dan disinari dengan 8.4 km jalur lampu LED pada waktu malam yang beransur-ansur bergerak dari satu penjuru ke penjuru lain.[27] Neapoli Group, iaitu firma reka bentuk dan kejuruteraan alam sekitar, digajikan untuk menyediakan khidmat nasihat ke arah mencapai penilaian platinum dengan tiga badan pengesahan Green Building: Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), Green Building Index dan GreenRE.[28]
Pelan lantai
Semua pelan lantai yang diperolehi dari kertas cadangan bangunan tertakluk kepada perubahan.[29]
Pejabat-pejabat zon rendah 2 Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya
8 – 23
Pejabat-pejabat zon rendah 1 Ibu pejabat PNB dan subsidiarinya
6 – 7
Struktur mekanik
5
Lobi pejabat
4
Tempat menyambut tetamu, lobi pejabat, lif lobi, keluar ke Merdeka Boulevard At 118 (Ruang legar selatan dari Jalan Stadium)
3
Lobi Park Hyatt Kuala Lumpur (hotel), kafe, persidangan, ruang letak kereta, pintu masuk sisi ke 118 Mall dan pembangunan masa depan
2
Pintu masuk The View At 118 (Geladak langit dan balai cerap), ruang legar lobi
1
Aras perhimpunan, lobi komersial, elevator hotel, elevator restoran, ruang letak kereta, pintu masuk ke 118 Mall dan pembangunan masa depan (Ruang legar utara dari Jalan Hang Jebat)
B1
Ruang letak kereta tingkat bawah tanah
B2
Struktur mekanik
Ketinggian
Jadual berikut menunjukkan ketinggian untuk semua bahagian terlibat di menara Merdeka 118.
Maklumat ketinggian
Ketinggian
Seni bina
678.9 m (2,227 ka)
Hujung
680.5 m (2,233 ka)
Puncak tajam
160 m (520 ka)
Kepala mercu
531.2 m (1,743 ka)
Bumbung
518.9 m (1,702 ka)
Tingkat teratas
502.8 m (1,650 ka)
Aras pemerhatian
483 m (1,585 ka) and 560 m (1,840 ka)
Menara Kediaman Merdeka 1
241.3 m (792 ka)
Menara Kediaman Merdeka 2
233.4 m (766 ka)
Oakwood Premier Kuala Lumpur
182.6 m (599 ka)
Perkembangan
Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[30][31]
Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[32][33]
Kritikan
Ramai yang mengkritik projek ini, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[13]
Sebagai tindak balas kepada kritikan, Perdana Menteri berkata bahawa projek itu bukan merupakan satu pembaziran dan akan membawa lebih banyak faedah.[13]
Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ka), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ka). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.