Ihya Ulumuddin Jilid pertama Ihya Ulumuddin |
|
Pengarang | Imam Al-Ghazali |
---|
Negara | Parsi |
---|
Bahasa | Bahasa Arab |
---|
Subjek | Akhlak Islam dan falsafah |
---|
Tarikh penerbitan | Awal abad ke-12 |
---|
Menghidupkan Ilmu Agama[1] atau Ihya Ulumuddin (Arab: إحياء علوم الدين, rumi: Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn) ialah sebuah kitab yang dikarang oleh Abu Hamid al-Ghazali (Imam Al-Ghazali) pada abad ke-11.[2][3] Kitab ini dianggap sebagai karya utama beliau dan dikira sebagai pengenalan seorang yang beriman kepada Tuhan.[4]
Latar belakang
Ihya Ulumuddin terdiri daripada 40 buah jilid yang dirangkumi ke dalam empat bahagian besar, yakni:
- bahagian ibadat;
- bahagian akhlak;
- bahagian kerosakan; dan
- bahagian metodologi.
Secara asasnya, kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara mengaplikasikan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian yang ketara lalu mencapai tahap kesufian (mistisisme) yang lebih tinggi.[5][6]
Ringkasan Kitab Ihya Ulumuddin
Memandangkan kitab ihya ulumuddin merupakan kitab yang berjilid tebal maka ramai asatizah/ ulama yang menerbit kembali ihya ulumuddin dalam bentuk yang lebih ringkas. Antara kitab-kitab ringkasan yang popular termasuklah.
- Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin (Bimbingan Mukminin) karangan Imam Muhammad Jamaluddin Al-Qasimy
- Sairus-Salikin karangan Syaikh Abdus-Shamad Al Falimbani.
- Minhajul Qashidin karangan Ibnu Jauzi
- Mukhtasar Minhajul Qashidin karangan Ibnu Qudamah
Rujukan