Matlamat Pembangunan Mampan 9

Matlamat Pembangunan Mampan 9: Industri, Inovasi dan Prasarana (SDG 9) adalah salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang diterima pakai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.[1] SDG 9 bertujuan untuk membina infrastruktur yang berdaya tahan, menggalakkan perindustrian yang mampan dan memupuk inovasi.[2]

SDG 9 mempunyai lapan sasaran, dan kemajuan diukur dengan dua belas penunjuk. Lima sasaran pertama ialah "sasaran hasil": membangunkan infrastruktur yang mampan, berdaya tahan dan inklusif; menggalakkan perindustrian inklusif dan mampan; meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan dan pasaran; menaik taraf semua industri dan infrastruktur untuk mencapai kemampanan; dan meningkatkan penyelidikan serta menaik taraf teknologi perindustrian. Tiga sasaran selebihnya ialah "cara mencapai" sasaran: memudahkan pembangunan infrastruktur yang mampan di negara membangun; menyokong pembangunan teknologi domestik dan kepelbagaian industri; dan akses universal kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Sasaran

Sasaran 9.1: Membangunkan infrastruktur yang mampan, berdaya tahan dan inklusif

Peta dunia untuk Penunjuk 9.1.2 pada 2014: Kereta api; penumpang yang dibawa (penumpang-km).[3]

Sasaran 9.1 ialah: "Membangunkan infrastruktur yang berkualiti, boleh dipercayai, mampan dan berdaya tahan, termasuk infrastruktur serantau dan rentas sempadan, untuk menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan manusia, dengan tumpuan pada akses yang berpatutan dan adil untuk semua".[4]

  • Penunjuk 9.1.1: Perkadaran penduduk luar bandar yang tinggal dalam jarak 2 km dari jalan sepanjang musim
  • Penunjuk 9.1.2: Nombor penumpang udara antarabangsa, penunjuk kilometer penumpang kereta api dan pengangkutan udara tan kilometer mengikut negara tersedia.

Sasaran 9.2: Menggalakkan perindustrian yang inklusif dan mampan

Penunjuk SDG 9.2.1 Peta pada 2017: Nilai tambah sektor pembuatan terhadap KDNK (%).
Penunjuk SDG 9.2.2, 2017: Pekerjaan industri (% jumlah pekerjaan)
Peta dunia untuk Penunjuk 9.1.2, 2017: Pengangkutan udara berdasarkan muatan (tan-km).[3]

Sasaran 9.2 ialah "Menggalakkan perindustrian yang inklusif dan mampan, dan menjelang 2030, untuk meningkatkan dengan ketara bahagian pekerjaan industri dan KDNK selaras dengan keadaan negara serta menggandakan bahagiannya di negara-negara kurang maju."[4]

  • Penunjuk 9.2.1: Nilai ditambah pembuatan sebagai perkadaran KDNK dan per kapita
  • Penunjuk 9.2.2: Pekerjaan pembuatan sebagai perkadaran jumlah pekerjaan

Sasaran 9.3: Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan dan pasaran

Sasaran 9.3 ialah: "Meningkatkan akses perindustrian berskala kecil dan perusahaan lain, khususnya di negara membangun, kepada perkhidmatan kewangan termasuk kredit mampu milik dan penyepaduan mereka ke dalam rantaian nilai dan pasaran."[4]

  • Penunjuk 9.3.1: Kadaran industri berskala kecil dalam jumlah nilai tambah industri
  • Penunjuk 9.3.2: Perkadaran industri berskala kecil dengan pinjaman atau garis kredit

Sasaran 9.4: Menaik taraf semua industri dan infrastruktur untuk kemampanan

Penunjuk SDG 9.4.1, 2016: Keamatan pelepasan karbon ekonomi.

Sasaran 9.4 ialah: "Menjelang 2030, menaik taraf industri infrastruktur agar mampan, dengan peningkatan kecekapan penggunaan sumber dan penggunaan teknologi serta proses perindustrian yang bersih dan mesra alam, dengan semua negara mengambil tindakan mengikut keupayaan masing-masing."[4] Sasaran ini hanya mempunyai satu penunjuk; Penunjuk 9.4.1: "Pelepasan karbon dioksida, CO2, per setiap unit nilai ditambah."[5]

Penunjuk ini diukur sebagai kilogram karbon dioksida (CO 2) dikeluarkan per dolar KDNK.[5] Selepas tiga tahun stabil, pelepasan karbon dioksida global daripada pembakaran bahan api mula meningkat semula pada 2017, mencecah 32.8 bilion tan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan kelembapan peningkatan kecekapan.[6] Walau bagaimanapun, keamatan pelepasan karbon dioksida global telah menurun hampir satu perempat sejak tahun 2000, menunjukkan penyahgandingan umum pelepasan karbon dioksida daripada pertumbuhan KDNK.[6] Trend yang sama dapat dilihat dalam industri pembuatan selepas 2010, dengan intensiti pembuatan global jatuh pada kadar tahunan purata 3% sehingga 2017. Di peringkat global, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sebagai bahagian KDNK meningkat, daripada 1.5% pada 2000 kepada 1.7% pada 2015, dan kekal hampir tidak berubah pada 2017."[6]

Sasaran 9.5: Meningkatkan penyelidikan dan menaik taraf teknologi perindustrian

Penunjuk SDG 9.5.1, 2015: Perbelanjaan terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam bahagian KDNK.

Sasaran 9.5 ialah "Meningkatkan penyelidikan saintifik, meningkatkan keupayaan teknologi sektor perindustrian di semua negara, khususnya negara membangun, termasuk, menjelang 2030, menggalakkan inovasi dan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja penyelidikan dan pembangunan bagi setiap 1 juta orang dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan awam serta swasta." [4]

  • Penunjuk 9.5.1: Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan sebagai sebahagian KDNK
  • Penunjuk 9.5.2: Bilangan penyelidik (setara sepenuh masa) bagi setiap sejuta penduduk

Bilangan penyelidik bagi setiap 1 juta orang di seluruh dunia telah meningkat daripada 1,018 pada 2010, [6] kepada 1,368 pada 2018, secara purata, di seluruh dunia. Di Eropah dan Amerika Utara, jumlah itu melonjak kepada 3,372, dan di Afrika Sub-Sahara, bilangan penyelidik bagi setiap juta penduduk adalah lebih hampir kepada 99 orang.[7] Selain itu, wanita mewakili hanya 30% daripada penyelidik global pada tahun 2015.[6] Menjelang 2018, wanita mewakili 33% daripada semua penyelidik, walaupun masih ketiadaan data dari beberapa negara penduduk ramai.[7]

Secara umum, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sebagai bahagian KDNK telah meningkat, daripada 1.5% pada tahun 2000 kepada 1.7% pada tahun 2015, dan kekal hampir tidak berubah pada tahun 2017, tetapi hanya kurang daripada 1% di wilayah membangun.[6]

Sasaran 9.a: Memudahkan pembangunan infrastruktur yang mampan untuk negara membangun

Sasaran 9.a ialah: "Memudahkan pembangunan infrastruktur yang mampan dan berdaya tahan di negara membangun melalui sokongan kewangan, teknologi dan teknikal yang dipertingkatkan kepada negara Afrika, negara kurang maju, negara membangun dikelilingi daratan dan negara pulau kecil membangun."[4] Sasaran ini mempunyai penujuk tunggal, Penunjuk 9.a.1, yakni jumlah sokongan antarabangsa rasmi (bantuan pembangunan rasmi serta aliran rasmi lain) kepada infrastruktur"[5]

Penunjuk SDG 9. a.1, 2017: Jumlah aliran rasmi terhadap infrastruktur, mengikut penerima.

Sasaran 9.b: Menyokong pembangunan teknologi domestik dan kepelbagaian industri

Peta dunia untuk penunjuk 9.c.1 pada 2017: Jumlah penduduk yang menggunakan Internet[3]

Sasaran 9.b ialah: "Menyokong pembangunan teknologi domestik, penyelidikan dan inovasi di negara membangun, termasuk dengan memastikan persekitaran dasar yang kondusif untuk, antara lain, kepelbagaian industri dan penambahan nilai kepada komoditi". [4] Satu penunjuk digunakan dalam sasaran ini, Penunjuk 9.b.1, iaitu kadaran nilai tambah industri sederhana dan berteknologi tinggi dalam jumlah nilai ditambah.

Sasaran 9.c: Akses sejagat kepada teknologi maklumat dan komunikasi

Sasaran 9.c ialah: "Meningkatkan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi dengan ketara dan berusaha untuk menyediakan akses universal dan berpatutan terhadap Internet di negara-negara kurang maju menjelang 2020."[4] Sasaran ini diwakili satu penunjuk, Penunjuk 9.c.1, yakni kadaran penduduk yang diliputi oleh rangkaian mudah alih, oleh teknologi.

Cabaran

Pandemik COVID-19

Sebelum wabak COVID-19 bermula pada 2020, pertumbuhan pembuatan dunia dikatakan sudah semakin berkurangan.[8] Pandemik melanda industri dengan teruk dan menyebabkan gangguan dalam rantaian nilai barangan dan bekalannya, dan telah menjejaskan pendigitalan perniagaan dan perkhidmatan seperti persidangan video, penjagaan kesihatan dan telekerja.[9] Industri pengangkutan udara, penutupan sempadan, serta kapasiti tempat duduk antarabangsa yang terhad, telah mengakibatkan kerugian kewangan besar.[6] Penting juga untuk ambil perhatian bahawa di negara yang banyak memfokuskan sumber mereka pada SDG 9, infrastruktur teknologi mereka mempunyai manfaat semasa wabak itu. Peningkatan ketersambungan, serta peningkatan dalam kesedaran sosial dan politik, mengakibatkan purata penurunan masa tindak balas apabila berhadapan dengan perubahan status tindak balas dunia yang berterusan terhadap COVID-19.[10] Dari segi infrastruktur komunikasi, lebih separuh daripada penduduk dunia kini berada dalam talian dan hampir keseluruhan penduduk dunia tinggal di kawasan yang diliputi oleh rangkaian mudah alih. Dianggarkan pada 2019, 96.5% dilindungi oleh sekurang-kurangnya rangkaian 2G. Tambahan pula, pandemik ini telah mendedahkan keperluan mendesak terhadap infrastruktur yang berdaya tahan. Bank Pembangunan Asia menyatakan bahawa infrastruktur kritikal di rantau ini masih jauh daripada mencukupi di banyak negara, walaupun pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat yang dialami rantau ini sejak sedekad yang lalu. Tinjauan Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik menyerlahkan bahawa menjadikan infrastruktur berdaya tahan terhadap bencana dan perubahan iklim akan memerlukan pelaburan tambahan sebanyak $434 bilion setahun. Jumlah ini mungkin perlu lebih besar lagi di beberapa subwilayah, seperti negara membangun pulau kecil Pasifik.[5]

Rujukan

  1. ^ "The 2030 Agenda for Sustainable Development and the SDGs". European Commission Environment (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-25.
  2. ^ "2017 HLFP Thematic Review of SDG-9: Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation" (PDF). 2017.
  3. ^ a b c Ritchie, Roser, Mispy, Ortiz-Ospina (2018) "Measuring progress towards the Sustainable Development Goals." (SDG 9) SDG-Tracker.org, website
  4. ^ a b c d e f g h United Nations (2017) Resolution adopted by the General Assembly on 6 July 2017, Work of the Statistical Commission pertaining to the 2030 Agenda for Sustainable Development (A/RES/71/313)
  5. ^ a b c d "Goal 9: Build resilient infrastructure, promote sustainable industrialization and foster innovation". United Nations. Dicapai pada 5 September 2020.
  6. ^ a b c d e f g United Nations Economic and Social Council (2020) Progress towards the Sustainable Development Goals Report of the Secretary-General, High-level political forum on sustainable development, convened under the auspices of the Economic and Social Council (E/2020/57), 28 April 2020
  7. ^ a b Schneegans, S.; Straza, T.; Lewis, J., penyunting (11 June 2021). UNESCO Science Report: the Race Against Time for Smarter Development. Paris: UNESCO. ISBN 978-92-3-100450-6.
  8. ^ "Sustainable Transport and COVID-19: Response and Recovery DAY 1 .:. Sustainable Development Knowledge Platform". sustainabledevelopment.un.org. Dicapai pada 2020-09-24.
  9. ^ Martin. "Infrastructure and Industrialization". United Nations Sustainable Development (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-24.
  10. ^ "Sustainable Development Outlook 2020: Achieving SDGs in the wake of COVID-19: Scenarios for policymakers".

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!