Masjid Umar Ibnu Al-Khattab atau lebih mudah dikenali sebagai Masjid Bandar Bayan Baru merupakan sebuah masjid utama di Bayan Baru, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Sejarah
Ia dibangunkan pada tahun 1980, dan dinamakan sebagai Umar Al-Khattab yang juga merupakan Khulafa al-Rasyidin yang kedua dan tokoh yang sangat disegani di kalangan umat Islam.