Masjid Jamek Bagan Belat merupakan sebuah masjid yang terletak dalam Telok Air Tawar di Butterworth, dalam Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.[1] Ia merupakan satu satu masjid dibawah daerah Butterworth. Masjid Jamek Bagan Belat memiliki nombor pendaftaran iaitu JAIPP/PMS/30/03/04.[1] Ia dijadikan sebagai pusat beribadah masyarakat setempat yang beragama Islam serta perlaksanaan program aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban, solat jumaat, ceramah dan lain-lain lagi.