Masjid Benggali merupakan sebuah masjid di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Alamat
- Masjid Benggali,
- 10150 Lebuh Leith,
- Pulau Pinang.
Sejarah
- Orang-orang Benggali dari Benggala mula berhijrah ke Pulau Pinang pada akhir abad ke-18. Istilah ‘Bengali’ merujuk kepada pendatang daripada Benggala tetapi juga merujuk kepada pendatang lain yang turut berasal dari India Utara.[1]
- Orang-orang Benggali dari Benggala kebanyakan menganut agama Islam yang telah membina masjid ini untuk berkumpul dan mengerjakan ibadah. Masjid ini dipercayai diasaskan pada tahun 1803 Masihi di atas tapak yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris semasa George Leith menjadi Leftenan Gabenor Pulau Pinang.[1]
Rujukan
Pautan luar