Masjid Al-Ikhlas atau Masjid Banggol Tuan Muda merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, Terengganu Darul Iman.[1]
Alamat
- Masjid Al-Ikhlas,
Kampung Banggol Tuan Muda,
Manir,
Terengganu Darul Iman
Sejarah
Masjid ini dibina pada 22 Julai 1997 selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju dengan pembinaannya selepas bermesyuarat pada 23 Jun 1996. Kos RM1.65 juta termasuk kos kerja-kerja menambun semula tapak masjid dibiayai oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Masjid tersebut siap dibina pada 1 September 1998. Kerja pembinaan telah dikendalikan oleh kontraktor Syarikat Pembinaan Rafarjawan Sdn.Bhd. di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu. Lokasinya strategik kerana terletak di tepi laluan utama antara (Kuala Terengganu-Kota Bharu). Masjid yang dibina di tapak seluas 2.1 ekar ini mampu menampung 500-600 orang jemaah pada satu masa.[2]
Pentadbiran
Masjid Al-Ikhlas memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00048.
Rujukan
Pautan luar