Marilyn Monroe (lahir Norma Jeane Mortenson pada 1 Jun 1926 – meninggal pada 4 Ogos 1962) merupakan seorang pelakon wanita, peragawati, penyanyi serta ikon Hollywood. Terkenal dengan melakon sebagai watak blomb bombshell, beliau ialah simbol seks Amerika Syarikat. Beliau pernah meraih Anugerah Golden Globe. Beliau terkenal kerana kemahiran komedi beliau dan ketrampilan beliau dalam layar. Monroe menjadi salah seorang bintang filem paling popular pada 1950-an dan awal 1960-an. Pada peringkat-peringkat lanjut dalam kerjaya beliau, beliau cenderung kepada peranan-peranan yang lebih serius dan namanya memintas nama-nama semua penghibur lain pada masa itu.[1]
Kematian beliau secara tiba-tiba dikelaskan sebagai "barangkalinya bunuh diri."[2] Kebanyakan individu termasuk Jack Clemmons, pegawai polis LAPD pertama yang tiba di tempat kematian[3] percaya bahawa beliau telah dibunuh.[4] Beliau merupakan satu-satunya wanita dalam senarai selebriti sudah meninggal yang paling banyak pendapatannya oleh Forbes.[5]