Maraton Berlin 2022 ialah edisi ke-48 perlumbaan maraton tahunan di Berlin, yang berlangsung pada Ahad, 25 September 2022.[1][2][3][4] Sebagai satu maraton label platinum elit, ia merupakan maraton pertama daripada empat acara Maraton Major Dunia yang akan diadakan dalam tempoh enam minggu.[5][6] 45,527 pelari dengan 34,879 penamat dari 157 negara telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.[7]
Pelari Kenya, Eliud Kipchoge mencipta rekod dunia maraton baharu, dengan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 2:01:09, dan mengalahkan rekod terdahulu milik dirinya pada empat tahun lalu di Berlin, sebanyak 30 saat pantas.[3] Ini ialah kemenangan keempat Kipchoge di Maraton Berlin, menjadikannya pelari kedua untuk memenangi perlumbaan empat kali, selepas pelari Habsyah Haile Gebrselassie.[2][3][6]
Bagi kategori wanita, pelari Habsyah, Tigist Assefa memenangi perlumbaan dengan masa 2:15:37, mencipta rekod baru di Berlin dengan perlumbaan maraton keduanya.[3] Catatan Assefa juga merupakan catatan masa maraton wanita ketiga terpantas kini, dan memecahkan rekod peribadinya sebanyak lebih 18 minit.[8][9]
Atlet kerusi roda Switzerland Marcel Hug meraih kemenangan Maraton Berlin ketujuhnya dengan catatan masa 1:24:56, manakala seorang lagi atlet kerusi roda Switzerland, Catherine Debrunner, memenangi perlumbaan dengan masa 1:36:47 dalam penampilan sulung maratonnya.[3]
Keputusan
Keputusan untuk sepuluh teratas dalam perlumbaan larian dan tiga teratas dalam perlumbaan kerusi roda disenaraikan di bawah.
Rujukan
Pautan luar