Mateus Alberto Contreiras Gonçalves (lahir 7 Mac 1983), dikenali sebagai Manucho, merupakan pemain bola sepak Angola yang bermain untuk Rayo Vallecano sebagai penyerang.
Manucho berpindah dari Petro Atletico ke Manchester United pada bulan Januari 2008.[1][2][3] Sebelum bermain untuk United, dia dipinjamkan kepada kelab Greece Panathinaikos untuk baki musim 2007–08, kerana isu mendapatkan permit kerja UK.[4] Manucho mendapat permit kerja selepas kembali ke Manchester United untuk latihan pra-musim pada bulan Julai 2008,[5] dan membuat penampilan sulung untuk kelab itu ketika perlawanan Piala Liga menentang Middlesbrough pada 23 September 2008. Hanya mendapat sedikit peluang pasukan utama di Old Trafford, pada 16 Januari 2009 dia menyertai Hull City secara pinjaman untuk musim 2008–09.[6] Selepas gagal menembusi pasukan utama Manchester United, Manucho menyertai Real Valladolid pada bulan Julai 2009. Dia juga merupakan ahli pasukan bola sepak kebangsaan Angola, mewakili mereka di empat pertandingan Piala Negara-Negara Afrika.
Karier
Rayo Vallecano
Pada Jun 13, 2014, Manucho menandatangani perjanjian satu tahun dengan kelab Sepanyol Rayo Vallecano.[7]
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Manucho
|
Nama alternatif
|
Contreiras Gonçalves, Mateus Alberto
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak
|
Tarikh kelahiran
|
7 Mac 1983
|
Tempat kelahiran
|
Luanda, Angola
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|