Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka 2020 ditubuhkan pada 13 Mac 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2021, diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.[1] Ia terbentuk selepas kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Adly Zahari kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka selepas 2 ADUN BERSATU yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan menyokong pembentukan kerajaan baharu yang diketuai oleh Barisan Nasional dan kemudiannya mewakili Perikatan Nasional.[2]
Pada 2021, kerajaan negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional dijatuhkan pula oleh 2 orang ADUN Barisan Nasional, Idris Haron dan Nor Azman Hassan seorang ADUN Perikatan Nasional, Noor Effandi Ahmad dan seorang ADUN Bebas, Norhizam Hassan Baktee. Ketiga-tiga ADUN dari UMNO dan BERSATU itu dipecat dari parti masing-masing kerana menjatuhkan kerajaan.[3][4]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Kemas kini pada 30 Jun 2020.
Nama
|
Perwakilan
|
Parti
|
Portfolio
|
Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali
|
Lendu
|
UMNO
|
Ketua Menteri Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia & Agensi Berkaitan Kerajaan Negeri Melaka
|
Datuk Seri Haji Abdul Ghafar Atan
|
Asahan
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka
|
Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris Haron
|
Sungai Udang
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Melaka
|
Datuk Wira Latipah Omar
|
Taboh Naning
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka
|
Datuk Roslan Ahmad
|
Merlimau
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka
|
Datuk Rahmad Mariman
|
Ayer Molek
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka
|
Datuk Wira Ar. Haji Ismail Othman
|
Kuala Linggi
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka
|
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
|
Paya Rumput
|
Bersatu
|
Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka
|
Datuk Noor Effandi Ahmad
|
Telok Mas
|
Bersatu
|
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri Melaka (Pendidikan)
Bertanggungjawab untuk urusan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional, dan Sains & Inovasi
|
Datuk Muhammad Jailani Khamis
|
Rembia
|
UMNO
|
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka
|
Datuk Norhizam Hassan Baktee
|
Pengkalan Batu
|
Bebas
|
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka
|
Rujukan