Mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local Authorities Election Ordinance. Kemudian, nama Lembaga Bandaran telah bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan. Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance. Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember1979 dengan pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari kawasan-kawasan [1]:
Selama
Sungai Terap
Sungai Bayor
Bagan Baru
Redang Panjang
Kampung Masjid
Rantau Panjang
Kubu Gajah
Hasil dari pengisytiharaan, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan Majlis Daerah Selama sebagai Majlis Daerah pada 24 April, 1980 melalu Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14, yakni Majlis Daerah ini mentadbir kawasan seluas 764.73 kilometer persegi.