Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat adalah Menteri Besar Pahang pertama (1948 - 1951). Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika itu terletak di Kuala Lipis, Pahang.[1]
Beliau juga merupakan orang Melayu pertama yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Bentong. Pada zaman penjajahan British, beliau pernah menjadi pegawai Kelas IV, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service).[2][3] Mahmud bin Mat juga bekas Speaker Majlis Persekutuan.
Pada 1951 beliau menjadi Menteri Tanah, Lombong dan Komunikasi. Turut dilantik ialah Dato Onn Jaafar - Menteri Dalam Negeri ; Tengku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid - Menteri Pertanian dan Perhutanan; Dr Lee Tiang Keng - Menteri Kesihatan ; Mr J.D Mead - Menteri Kerjaraya dan Perumahan dll.[4]
Keluarga
Pada 27 Februari 1956, menantunya penolong jurutera PWD Tahir bin Awang meninggal dunia di Johor Bahru.[5]
Rujukan