Penggiatan ini semakin menguat dengan berkurangnya bilangan veteran-veteran Perang Saudara yang semakin dimamah usia pada awal abad ke-19 lalu pihak berkepentingan memastikan agar segala apa yang dilakukan pihak Negeri Gabungan ini tidak sahaja diingati malah disanjung.
Pelaksanaan
Penyampaian media
Thomas Dixon Jr. seorang paderi yang kuat sentimen menyemarakkan sentimen ketuanan kulit putih dan penerusan penghambaan orang kulit hitam sering mendapat undangan membuat pidato dan syarahan yang begitu banyak,[5] syarahan-syarahan Dixon menarik perhatian khalayak ramai - sebanyak 5 juta orang antara 1899 dan 1903[6] - serta dilaporkan surat khabar semasa itu.[7]:389[8]:18 Dixon turut mendapat gelaran sebagai pensyarah terbaik Amerika Syarikat pada zamannya.[9]:50–51 Seberapa buku cereka dikaryakan sebagai reaksi terhadap pergerakan abolisionisme, lagi-lagi dengan terbitnya Uncle Tom's Cabin karya Harriet Beecher Stowe yang menggambarkan kesengsaraan hamba abdi dilayan penuh seksa; Dixon lebih melihat karya Stowe sebagai menghina masyarakat Selatan. Salah satu buku ini, The Clansman, misalnya menempelak Abraham Lincoln dan partinya sebagai rakus dan tamak. Penulisannya sangat laris sehingga banyak royalti diraihnya dari jualan-jualan ini selain syarahan dilakukan.[5]
The Clansman terutamanya disadurkan kepada suatu filem bertajuk The Birth of a Nation oleh D. W. Griffith tahun 1915. Filem ini dilihat unik pada ketika itu dengan ciri yang menonjol berbeza daripada filem-filem yang sedia ada seperti durasi tayangan yang lebih panjang, syot dan peralihan babak serta penerapan runut bunyi; malah filem ini ditayangkan untuk tontonan Presiden Woodrow Wilson di Rumah Putih. Filem ini turut mendorong kepada penghidupan semula pergerakan Ku Klux Klan yang digambarkan sebagai wira dan pahlawan ketuanan kulit putih.
Pendirian tugu-tugu askar Gabungan
Seorang pengukir yang merupakan saksi peperangan yang meletus di rantau Selatan bernama Moses Jacob Ezekiel mengukir seberapa patung dan tugu orang berperanan tinggi dalam Tentera Gabungan sebagai tujuan propaganda kefahaman Lost Cause yang sangat disokongnya.[10]