Little Kitty, Big City ialah permainan video pengembaraan dan terbitan perdana daripada pembangun indie daripada Amerika Syarikat, Double Dagger Studio. Pemain memainkan watak protagonis sebagai kucing yang kepeningan di dalam bandar, dengan misi utama bagi pulang ke rumah tuannya. Ia dikeluarkan untuk platform Nintendo Switch, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S pada 9 Mei 2024.
Gaya permainan
Little Kitty, Big City ialah permainan video pengembaraan berlatar kawasan perbandaraan besar di Jepun yang mana pemain, memerankan seekor baka kucing berwarna hitam yang bela jinak, kucing yang dimainkan harus secepatnya pulang agar tuannya tidak merasa khawatir. Selama mengembara mencari jalan untuk pulang, kucing dapat berbuat hal sebagaimana lazimnya perbuatan kucing semisal menangkap tikus, melompat ke dinding, mencari makanan di tin sampah, mencuri ikan, dan bertarung dengan kucing lain.[1][2][3] Pemain dapat berinteraksi dengan haiwan lain, memakaikan baju kepada kucing dan menamatkan beberapa misi ranting.[4][5][6]
Pembangunan dan pengeluaran
Pada satu wawancara bersama KING-TV, penubuh Double Dagger Studio, Matt Wood berkata bahawa ia terinspirasi dari kucing-kucingnya, Mario dan Roxy dengan anak keturunannya.[7] Pada bulan November 2021, studio indie itu mengumumkan pembangunan permainan video perdana mereka di pentas Wholesome Snack.[3][8]
Pada pentas Indie World 19 April 2023, diumumkan bahawa ia akan dikeluarkan sebagai permainan utama untuk platform Nintendo Switch.[9] Sebuah demonstrasi permainan dikeluarkan pada Summer Game Fest 2023, yang mana versi permainan akan terbit pada awal 2024 untuk Nintendo Switch, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S.[10][11][12][13]
Little Kitty, Big City mendapat ulasan "baik" dari beberapa ahli kritik, seperti laman web Metacritic.[16] Wesley LeBlanc dari Game Informer memuji mekanikal permainan ini yang berbeza dari permainan kanak-kanak lainnya, sedangkan Imran Khan dari IGN merasa puas dengan grafiknya, tetapi sedikit kecewa dengan tetapan kamera. Maddi Chilton dari PC Gamer berkata bahawa "biasanya pemain akan merasa ruang dalam permainan ini kurang besar, tetapi tajuk ini dengan pandainya membuat kita merasa kecil di sebuah bandar yang sangat luas."[19]