Liga Juara-Juara OFC 2019 ialah edisi ke-18 daripada Kejohanan Kelab Oceanian, kejohanan bola sepak kelab utama Oceania yang diawasi oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC), dan musim ke-13 di bawah nama Liga Juara-Juara OFC semasa.
Dalam pentas akhir, Hienghène Sport menewaskan Magenta dengan mata 1–0. Hienghène menjadi pasukan pertama dari New Caledonia sederum kelab kedua di luar New Zealand yang berjaya memenangi Liga Juara-Juara. Sebagai pemenang Liga Juara-Juara OFC 2019, Hienghène memenuhi kelayakan menyerta Piala Dunia Kelab FIFA 2019 di Qatar. Team Wellington ialah juara bertahan dari kejohanan Liga Juara-Juara, tetapi disingkirkan oleh Hienghène Sport pada putaran separuh akhir.