Leo III dari Isauria (Yunani: Λέων ὁ Ἴσαυρος, rumi: Leōn ho Isauroscode: el is deprecated ; Latin: Leo Isauruscode: la is deprecated ; s. 685 – 18 Jun 741), juga dipanggil Leo dariSyria, merupakan Maharaja Byzantium dari tahun 717 hingga kemangkatannya pada tahun 741 dan juga pengasas dinasti Isauria.[1] Baginda menamatkan Anarki Dua Puluh Tahun, zaman pergolakan yang besar dalam Empayar Byzantium antara tahun 695 dan 717, apabila maharaja-maharaja asyik bertukar ganti dan tentera Byzantium mengalami kekalahan demi kekalahan dan hilang banyak wilayah dalam abad ke-7. Baginda juga berjaya mempertahankan Empayar daripada pencerobohan tentera Umaiyah dan mengharamkan pemujaan ikon.[2]
Awal hidup
Leo III dilahirkan di Germanikeia, Commagene, yang terletak di Kahramanmaraş moden di Turki. Nama asal baginda ialah Konon (Yunani: Κόνωνcode: el is deprecated ; Latin: Cononcode: la is deprecated atau Cononus).[3] Leo III fasih berbahasa Arab,[4] mungkin sebagai bahasa ibunda,[5] dan disifatkan oleh Teofanes Sang Pengaku sebagai "yang berfikiran Saracen."[6]
Selepas kemenangan Justinianus II, Konon dihantar untuk misi diplomatik ke Alania dan Lazica untuk menjalinkan pakatan menentang KekhalifahanUmaiyah yang diperintah al-Walid I. Menurut tawarikh yang ditulis oleh Teofanes Sang Pengaku, Justinianus ingin menyingkirkan Konon dan mengambil semula wang yang telah diberikan kepadanya untuk tolong memajukan kepentingan Byzantine, sehingga menyebabkan Konon terkandas di Alania. Catatan sejarah menceritakan bahawa misi itu berjaya dan Konon akhirnya kembali kepada Justinianus selepas menyeberangi pergunungan Caucasus pada bulan Mei dengan kasut salji dan mengambil kubu Sideron, yang dikatakan ialah kubu Tsebelda, dalam perjalanannya.[7]
Konon dilantik sebagai komander (stratēgos) Tema Anatolik oleh Maharaja Anastasius II. Selepas diguling, Konon bergabung dengan teman beliau Artabasdos, stratēgos Tema Armenia, dan berkonspirasi untuk menggulingkan Maharaja Theodosius III yang baharu. Artabasdos bertunang dengan anak perempuan Konon, Anna.[8]
Dengan isterinya Maria, Leo III diketahui mempunyai empat orang anak:
Constantinus V, dilahirkan pada tahun 718. Dia dinobatkan sebagai maharaja bersama pada tahun 720 dan menjadi maharaja kanan pada tahun 741.
Anna, lahir sebelum 705. Dia berkahwin dengan bakal maharaja, Artabasdos.[10]
Kosmo dan Irene. Mereka berdua dikebumikan di dalam keranda marmar dari Proconnesia di Gereja Para Rasul.[11]
Rujukan
^Craig, Graham, Kagan, Ozment dan Turner (2011). The Heritage of World Civilizations. Prentice Hall. m/s. 321. ISBN978-0-205-80766-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Gero, Stephen (1973). Byzantine Iconoclasm during the Reign of Leo III, with Particular Attention to the Oriental Sources. Louvain: Secrétariat du Corpus SCO. ISBN90-429-0387-2.
^Giovanni Sienda (1761). Lexicon polemicum: In Quo Potiorum Haereticorum Vita Perstringitur, Omnes Contra Fidem Errores Colliguntur.... G - Q. 2. Rieger. m/s. 128. ISBN9781175927651.
^Hitti, Philip (2002). History of The Arabs. Red Globe Press. m/s. 203. ISBN0333631420.
^Ball, Warwick (2002). Rome in the East: The Transformation of an Empire. Routledge. m/s. 489. ISBN0415243572.
^A. A. Vasiliev (1964). History of the Byzantine Empire, 324-1453, Volume 1. University of Wisconsin Press. m/s. 255.
^Theophanes the Confessor (1982). The Chronicle of Theophanes: Anni Mundi 6095–6305 (A.D. 602–813). University of Pennsylvania Press. m/s. 85. ISBN0812211286.
^Warren Treadgold (1997). A History of the Byzantine State and Society. University of Stanford Press. m/s. 346. ISBN0804726302.