Lebah Eropah merupakan lebah madu tergolong dalam keluarga Apis (Apis mellifera). Lebah ini berasal dari Afrika, Eropah dan Timur Tengah.[1] Ia kemudian diperkenalkan pula ke Amerika, Australia dan seterusnya seluruh dunia.
Spesis
Di Amerika Syarikat, Apis mellifera corniola dianggap sebagai lebah yang mempunyai produktiviti yang tinggi dalam menghasilkan madu. Malangnya lebah ini suka berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Di Malaysia, ia banyak diternak secara besar-besaran di beberapa buah negeri yang berpotensi dalam menghasilkan lebah madu secara komersial.
Lebah Eropah terbahagi kepada beberapa sub spesies, antaranya adalah:-
Lebah Eropah Hitam (Apis mellifera mellifera L.)
Lebah Itali (Apis mellifera lingustica Spin.)
Lebah Belanda (Apis mellifera mellifera)
Lebah Jerman (Apis mellifera lehzeni)
Lebah Apis Carniolans (mellifera carnica Pollman)
Lebah Apis Gaucasians (mellifera caucasica Gorb.)
Apis mellifera corniola
Apis mellifera caucasia: Di Malaysia, lebah ini telah diternak dan dikomersialkan di bawah Projek Lebah Madu Jabatan Pertanian.
Masyarakat lebah
Masyarakat lebah terbahagi kepada beberapa kasta:
Pekerja
Lebah pekerja memiliki saiz badan kecil. Bilangan dalam sarang boleh melebihi 10,000 ekor (20K-200K). Jangka hayat 20-40 hari atau sehingga menggunakan sengatnya (140 hari semasa musim sejuk). Bekerja hingga akhir hayat, jantinanya adalah betina mandul. Tugas pekerja ialah membina kom, menjaga sarang, larva, jantan yang muda dan ratu. Ia juga membersihkan sarang, mengumpul madu, debunga dan propolis memberi bantuan perwapan nektar, menutup sel (madu dan pupa), mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk menjadikan ratu yang baru.
Lebah jantan
Lebah jantan bersaiz sederhana. Terdapat sehingga 200 ekor / tiada langsung dalam sarang. Jangkahayat boleh capai sehingga 60 hari atau sehingga mengawan. Berfungsi mengawan sahaja (dengan ratu dara/muda).
Lebah ratu
Lebah ratu bersaiz besar. Hanya satu dalam sarang. Jangkahayat: ekonomik - 2 tahun, maksima - 8 tahun; bergantung kepada sperma yang diperolehi. Jantina: betina / bisexual (parthenogenesis). Tugas Ratu adalah mengawan dengan lebah jantan - di udara 'mating flight' (temuan tahun 17771 oleh Janscha); 5-20 minit di sebelah petang. Menghapuskan 'adik' atau 'ibu', mengeluarkan telur (3 hari selepas mengawan) dan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA). Daripada 90 juta sperma yang dikeluarkan (deposited) oleh beberapa ekor dron, hanya 7 juta yang akan disimpan di dalam spermatheca (ratu). Hormon 9-HDA ialah hormon yang mengawal koloni. Ketiadaan hormon dalam haif akan merangsang kepada pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan ke dalam sel ratu.