Leap Year (1924) merupakan filem komedi senyap Amerika Syarikat yang diarahkan dan dibintangi oleh Roscoe Arbuckle. Walaupun dihasilkan pada tahun 1921, namun filem ini tidak ditayangkan di Amerika Syarikat kerana penglibatan Arbuckle dalam skandal kematian Virginia Rappe; ia mendapat tayangan pertama pada tahun 1924 di Finland. Filem ini hanya ditayangkan di A.S. pada tahun 1981.[1] Salinan filem ini dipegang oleh UCLA Film and Television Archive dan Library of Congress.[2][3]
Pelakon
DVD
Leap Year dikeluarkan dalam bentuk DVD oleh Alpha Video pada 1 September 2015.[4]
Rujukan
Pautan luar