Lea Michele Sarfati[nota 1] (lahir 29 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan penulisAmerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak di pentas Broadway, muncul dalam penerbitan Les Misérables, Ragtime, Fiddler on the Roof, dan Spring Awakening. Michele terkenal dengan watak Rachel Berry dalam siri FoxGlee (2009–2015), yang mana beliau menerima Anugerah Satellite, Anugerah Screen Actors Guild, dan tiga People's Choice Awards berturut-turut. Beliau seterusnya muncul sebagai Hester Ulrich dalam siri Fox Scream Queens (2015–2016). Michele disenaraikan sebagai Valentina Barella di sitkom ABC yang akan datang The Mayor.
Michele membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem New Year's Eve (2011), dan mengikat kontrak bersama Columbia Records pada 2012. Beliau melancarkan single sulungnya pada tahun itu, "Cannonball", diikuti oleh album sulungnya, Louder (2014), yang menduduki nombor 4 di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat.[1] Tiga tahun kemudian, beliau melancarkan album keduanya, Places (2017), yang menaiki nombor 28 di carta Billboard 200. Michele telah menerbitkan dua buku, Brunette Ambition (2014) dan You First: Journal Your Way To Your Best Life (2015).
Kehidupan peribadi
Michele tinggal di rumah empat bilik tidur di Brentwood, Los Angeles, yang dibeli dengan harga $ 2.9 juta pada bulan Julai 2015.[2][3] Beliau sebelum ini menyewa sebuah apartmen di West Village New York City selepas menamatkan pengajian dari sekolah menengah.[4] Beliau menjalin hubungan dengan bintang Glee Cory Monteith dari November 2011 sehingga kematiannya pada Julai 2013.[5][6] Lagu-lagu "If You Say So", dari album debutnya, dan "Hey You", dari album keduanya, ditulis untuknya.[7][8]