Layang-layang merujuk pada keluarga burung Apodidae, yang merupakan spesies burung terbang tinggi. Penampilannya menyerupai sualo, tetapi tidak berkait rapat dengan sebarang spesies burung passerine. Layang-layang diletakkan dalam order Apodiformes bersama-sama dengan burung Madu. Layang-layang Jambul berkait rapat dengan layang-layang asli tetapi diletakkan dalam keluarga yang berasingan iaitu Hemiprocnidae.
Persamaan antara layang-layang dengan sualo dari segi gaya hidup berdasarkan penangkapan serangga semasa terbang.[perlu rujukan]
Nama keluarga iaitu Apodidae diterbitkan dari bahasa Greek ἄπους (ápous), bermakna "tiada kaki", merujuk pada sepasang kaki yang kecil dan lemah pada kebanyakkan spesies burung terbang tinggi di udara.[1][2]
Spesies
Terdapat sekitar 100 spesies burung layang-layang, biasanya dikumpulkan ke dalam dua subfamili dan empat puak.[3]
Cypseloidinae
Apodinae
- Puak Collocaliini – burung Walit
- Puak Chaeturini – ekor jarum
- Puak Apodini – layang-layang biasa
Rujukan
- ^ Jobling (2010) pp. 50–51.
- ^ Kaufman (2001) p. 329.
- ^ Chantler & Driessens (2000) pp. 19–20
Bibliografi
Pautan luar