Lapangan Terbang Toowoomba Wellcamp (IATA: WTB, ICAO: YBWW) ialah sebuah lapangan terbang di Wellcamp, 8.4 batu nautika (15.6 km; 9.7 bt) barat daripada CBD Toowoomba, Queensland, Australia. Ia juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Brisbane West Wellcamp sehingga November 2017.[2]
Lapangan terbang ini diberi pengiktirafan Kod E dan dengan 2,870-meter (9,416 ka) panjang dan 45-meter (148 ka) lebar, landasan ini boleh mengendalikan pesawat dengan saiz dan jisim setara Boeing 747-400 dan Boeing 747-8.[1][3] Lapangan terbang ini dianggarkan mampu menempatkan kira-kira 344,000 orang[4] dan pada 2017 ia telah menguruskan 157,000 penumpang (pertambahan 25.9% dari tahun sebelumnya), menjadikannya lapangan terbang tempatan ke-33 paling sibuk di Australia setiap tahun.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan