Rujukan: laman sesawang rasmi[1] Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]
Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (IATA: LBU, ICAO: WBKL), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Pulau Labuan. lapangan terbang tersebut melayani Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Ia terletak 2 km daripada Bandar Labuan (Victoria).
Sejarah
Pada masa ini, lapangan terbang ini sedang diperluaskan untuk menampung pesawat yang lebih besar seperti Boeing 747 dan Airbus A330, dengan 4 jambatan udara. Pada 2008, lapangan terbang itu mengendalikan 550,859 penumpang, 11,328 pergerakan pesawat dan lebih 4,500 tan metrik kargo. Lapangan terbang ini mampu mengendalikan lebih 1.2 juta penumpang setahun.[3]
Terminal
Terminal baharu pada Lapangan Terbang Labuan, mempunyai 4 jambatan udara (Aerobridge) dan kemudahan pengendalian penumpang dan bagasi terkini. Ia mempunyai kedai bebas cukai dan landskap yang indah. Lapangan Terbang direka untuk mengendalikan sehingga 1.2 juta penumpang setahun.[4]
Terminal pada Lapangan Terbang Labuan, berkeluasan 16,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 500 penumpang sejam pada waktu puncak. Terdapat kemudahan pengendalian bagasi dan penumpang berteknologi tinggi serta empat jambatan langit (Aerobridge) untuk kemudahan akses ke pesawat.[5]
^Lapangan Terbang ini memiliki kod ICAO sementara iaitu RP10
^Walaupun Kod Lapangan Terbang ini mengikut Format Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), Lokasi Lapangan Terbang ini berada di Malaysia Timur (Borneo Malaysia) Yang memiliki Format Awalan yang berlainan iaitu WB