Rencana ini adalah mengenai kumpulan nasyid An Nur. Untuk album kompilasinya yang menggunakan namanya sebagai judul album, sila lihat
An Nur (album).
An Nur adalah sebuah kumpulan nasyid Malaysia terbitan Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1997. Video klip lagu ini sering disiarkan di RTM1 sebelum masuknya waktu sembahyang Jumaat tidak lama dahulu. Agar peminat muzik nasyid tidak terkeliru, pada tahun 1979 ada sebuah lagu nasyid yang namanya hampir sama iaitu Doa seorang insan tetapi itu dari kumpulan nasyid Hidayah.
Kumpulan ini dianggotai Intan, Ain, Aida, Juwana dan Asiah.
Keratan surat khabar:
KEMUNCULAN pelbagai kumpulan nasyid kontemporari pada masa kini sedikit sebanyak memberi dorongan kepada lima remaja yang menggelarkan diri mereka An Nur untuk turut memperjuangkan irama tersebut.
Seperti kumpulan yang lain An Nur juga mempunyai harapan yang cukup tinggi supaya pembabitan mereka dalam bidang itu menjanjikan kejayaan yang cemerlang kelak.
Sebelum bergelar artis rakaman kumpulan tersebut sebenarnya telah lama bergiatkan diri dalam bidang tersebut sebagai penyanyi kumpulan nasyid di sekolah.
An Nur yang dianggotai oleh Intan, Ain, Aida, Juwana dan Asiah itu kemudiannya telah menubuhkan kumpulan itu pada tahun 1995 setelah mendapat dorongan kuat daripada keluarga mereka. ''Kami menunggu peluang yang sesuai untuk tampil dan kami mengambil peluang yang ada sekarang.
''Walaupun kini lebih ramai kumpulan nasyid kontemporari muncul namun kami percaya bahawa kami juga mampu bersaing dengan kumpulan itu,'' kata Intan.
Menurut Intan, walaupun begitu matlamat utama mereka bukan saja untuk bersaing tetapi mengetengahkan mesej berguna kepada golongan remaja.
''Sasaran kami ialah golongan remaja dan diharapkan kami dapat menarik minat mereka untuk menyukai lagu-lagu dakwah seperti ini,'' katanya.
Selain daripada menunjukkan bakat mereka mengetengahkan lagu-lagu dakwah daripada pelbagai irama, kata Intan, kumpulan itu juga mencipta lagu untuk album pertama mereka itu.
''Kami cuba menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi setelah dua tahun bergiat aktif dalam bidang ini,'' kata Intan.
Sebelum bergelar artis rakaman kumpulan An Nur sebenarnya telah lama bergiat aktif sebagai kumpulan nasyid di sekolah mereka.
Apatah lagi kelima-lima remaja yang berusia 16 hingga 19 tahun itu berasal daripada tempat kelahiran yang sama dan belajar di satu sekolah di Kluang, Johor.
Lagu-lagu mereka seperti Bismillah dan Sifat 20 juga kini semakin sering ke udara dan menjadi siulan pendengar.
Selain daripada menampilkan mesej dakwah kepada pendengar, album An Nur itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri meman-dangkan ia menggunakan lebih banyak alat-alat muzik tradisional.
sumber : Utusan
References
1. worldcat
2. kllibrary
3. http://enasyid.blogspot.com/2018/03/album-nur-nur-1998-nasyid-download.html
https://psp.rtm.gov.my:8080/neuseal/Record/0000078388/Similar
Doa seorang insan (album nasyid)
Antara lagu di dalam album ini;
Bismillah (4:24)
Wahyu pertama (4:19)
Rukun Islam (4:00)
Keperibadian Rasulullah (3:33)
Ilmu sinar hidup (3:57)
Sifat 20 (5:08)
Remaja berwawasan (3:37)
Dadah pemusnah (3:23)
Ayah dan ibu (2:55)
Doa seorang insan (5:12)