Kuih buah hati

Kuih buah hati
Tulisan Cina Tradisional老婆餅
Tulisan Cina Ringkas老婆饼
Maksud harfiahkuih isteri ("buah hati")
Kuih isteri

Kuih buah hati atau kuih isteri ialah suatu pastri Cina tradisional dengan kulit berserpih dan nipis dibuat daripada labu air, pes badam, bijan dan lemak babi, dirempahkan dengan serbuk panca rempah (adunan rempah Cina jintan hitam, bunga lawang, akar manis dan bunga cengkih)[1]. Kuih buah hati adalah terjemahan harfiah Low Paw Bang dari loghat Kantonis.

Ada banyak kelas dijalankan di Hong Kong untuk membuat kuih buah hati. Kuih buah hati, walaupun ia mempunyai sejarah yang panjang, masih lagi masyhur di kalangan ramai di Hong Kong dan Tanah Besar China. Banyak orang di Hong Kong, dan juga tukang masak profesional, membuat pelbagai kelainan "moden" kuih ini.

Asal-usul legenda

Ada dua lagenda yang cuba untuk menjelaskan asal-usul kuih hati manis. Satu memberitahu cerita sepasang suami isteri yang tinggal hidup yang miskin, di kemaharajaan China. Mereka cinta sesama sendiri dan tinggal di sebuah kampung kecil.

Tiba-tiba, suatu penyakit penuh misteri tersebar. Bapa suami menjadi sakit. Sepasang suami isteri itu belanja semua wang mereka supaya dapat rawat bapa suami, tetapi dia masih sakit. Isteri menjual dirinya sebagai seorang hamba demi wang untuk membeli wang untuk bapa mertuanya.

Apabila suami mendapati apa yang isterinya telah laku, dia buat sebuah kuih yang diintisari dengan wintermelon dimaniskan dan buah badam. Dia mendedikasikan pastri ini kepada isterinya, yang dia tidak akan lupa dan menjualnya. Kuihnya menjadi sangat masyhur yang dia dapat menggaji cukup wang untuk membeli isterinya balik.

Suatu lagi versi adalah di mana suami mencari isterinya selepas dia menggaji cukup wang untuk membelinya balik. Dalam cariannya, dia meminum secawan teh di sebuah rumah teh tempatan, apabila dia tiba-tiba mengecam pastri mereka berkhidmat dengan teh. Mereka disatukan semula di rumah teh.

Pastri mirip

Kuih Eccles British yang tradisional adalah mirip pada kemunculan dan perisa dengan kuih manis hati, walaupun intisarinya adalah currants.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Chinese-sweetheart-cake". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-03. Dicapai pada 2010-04-01.

Templat:Hong Kong cuisine

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!