Kucing Birman, juga dipanggil sebagai "kucing suci Burma",[1] ialah satu baka kucing bela jinak. Kucing Birman ialah kucing berbulu panjang bertitik warna yang dibezakan dengan bulu kesuteraan, mata biru kelasi dan "sarung tangan" putih bertentangan pada setiap tapak.
Nama baka ini diterbtikan daripada Birmanie, bentuk bahasa Perancis bagi Burma. Baka kucing Birman pertama kali diiktiraf di Perancis oleh Cat Club de France pada 1925, kemudian di England oleh Governing Council of the Cat Fancy[2] (GCCF) pada 1966 dan di Amerika Syarikat oleh Cat Fanciers' Association[1] (CFA) pada 1967. Ia juga diiktiraf oleh Canadian Cat Association (CCA), dan oleh The International Cat Association[3] (TICA) pada 1979.
Rujukan
Templat:Pandu arah kucing