Tanda yang mengkritik agama dan menarik perhatian kepada Serangan 11 September , oleh Ateis Connecticut River Valley di Rockville , Vernon pada Disember 2007. Kumpulan itu menjelaskan dalam siaran akhbar mereka bahawa "jelasnya, 9/11 ialah kerja orang fanatik. Bagaimanapun, kami berasa bahawa agama, walau pada peringkat sederhana, memberikan asas kepada kumpulan fanatik untuk berkembang maju".[ 1]
Kritikan terhadap agama ialah kritikan terhadap konsep , kesahan, dan amalan agama , termasuk implikasi politik dan sosial yang berkait.[ 2] Ia memiliki sejarah yang panjang dan wujud sejak abad ke-1 SM lagi di Rom dengan karya Titus Lucretius Carus , De Rerum Natura , dan berterusan sehingga hari ini dengan kemunculan ateisme baharu yang diwakili oleh penulis seperti Sam Harris , Daniel Dennett , Richard Dawkins , dan Christopher Hitchens .
Agama dikatakan ketinggalan zaman dan berbahaya kepada:
serta juga menghalang kemajuan sains , dan menggalakkan perbuatan yang tidak moral seperti korban darah , diskriminasi terhadap kaum homoseksual , dan diskriminasi terhadap kaum wanita .[ 3] [ 4]
Sesetengah pengkritik terhadap agama menegaskan bahawa agama teisme dan kitab sucinya bukan diwahyu tetapi sebaliknya dipalsukan oleh manusia bukan ketuhanan yang menciptanya untuk memenuhi keperluan sosial, biologi , dan politik.[ 5] [ 6] [ 7] Bagaimanapun, sesetengah pengkritik yang lain mengimbangkan manfaat kepercayaan agama (ketenangan jiwa, pembinaan komuniti, penggalakan kelakuan yang berakhlak mulia) dengan kelemahannya.[ 8]
Lihat juga
Rujukan
^ "The Vernon Atheist Display," Diarkibkan 2008-06-17 di Wayback Machine Press Release, CT Valley Atheists, December 17, 2007 . Retrieved October 1, 2008.
^ Beckford, James (2003). Social Theory and & Relgion . Cambridge: Cambridge University Press.
^ Hitchens, Christopher (2007). God is not Great . Twelve.
^ Dawkins, Richard (2006). The God Delusion . Bantam Books.
^ Dennett, Daniel (2006). Breaking the Spell . Allen Lane. ISBN 0713997893 .
^ Harris, Sam (2005). The End of Faith . W. W. Norton. ISBN 0393327655 .
^ Hitchens, Christopher (2007). God is not Great . Twelve. ISBN 0446579807 .
^ Dawkins, Richard (2006). The God Delusion . Houghton Mifflin. ISBN 0-618-68000-4 .
Pautan luar
Kritikan terhadap sistem kepercyaan Kritikan terhadap pertubuhan Kritikan terhadap teks Kritikan terhadap tokoh agama Pengkritik terkenal Buku dan gerakan kritik