Nama Kremlin bermaksud "kubu dalam kota",[1] dan sering juga digunakan sebagai metonim untuk merujuk kerajaan Persekutuan Rusia dalam erti kata yang serupa dengan Rumah Putih yang digunakan untuk merujuk Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat. Ia sebelum ini telah digunakan bagi merujuk kerajaan Kesatuan Soviet (1922-1991) dan anggota-anggota tertinggi (seperti setiausaha agung, perdana menteri, presiden, menteri, dan komisar). "Kremlinologi" merujuk kepada kajian politik Soviet dan Rusia.
Senarai Warisan Dunia
Kremlin dan dataran merah telah bersama diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan DuniaUNESCO pada tahun 1990, kerana kaitan kuat mereka kepada sejarah Rusia sejak abad ke-13.