Kongres Tucumán

Kongres Tucuman (Sepanyol: Congreso de Tucumán) merupakan suatu dewan berdaulat yang turut berfungsi sebagai suatu mahkamah, badan perundangan dan badan perlembagaan. Ia telah dipersetujui oleh perjanjian yang ditetapkan dalam Statut 1815 (Estatuto de 1815) dan diadakan di dua tempat yang berbeza: dari 24 Mac 1816 hingga 16 Januari 1817. Kongres ini bersidang pada mulanya di bandar San Miguel de Tucumán, dan kemudian di kota Buenos Aires antara 12 Mei 1817 dan 11 Februari 1820.

Badan ini penggubal akta yang mengisytiharkan kemerdekaan kawasan Kewizuraian Río de la Plata daripada Empayar Sepanyol sebagai Wilayah Río de la Plata Syarikat (kini merangkumi Argentina, Uruguay dan sebahagian Bolivia) pada 9 Julai 1816.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!