Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang atau singkatannya KMPP merupakan salah satu daripada Kolej-kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej ini terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.[1] Ia merupakan antara kolej matrikulasi terawal yang dibina di Malaysia, sejajar dengan Kolej Matrikulasi Melaka. Ianya beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menempatkan sehingga 3,000 orang pelajar.[1]

Blok Kediaman

  • Desa Ilmuan (5 blok kediaman pelajar lelaki)
  • Desa Serikandi (5 blok kediaman pelajar perempuan)
  • Desa Flora (5 blok kediaman pelajar perempuan)

Pada awal tahun 2003, blok-blok kediaman ini telah dinamakan dengan nama-nama ahli falsafah Islam terkemuka dunia seperti Al-Farabi, Ibn Battuta dan sebagainya.

  1. Surau
  2. Padang
  3. Kafeteria
  4. Dobi
  5. Mesin ATM

Rujukan

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!