Knowing Bros (Hangul: 아는 형님code: ko is deprecated ; RR: Aneun Hyeongnim), juga dikenal sebagai Men on a Mission atau Ask Us Anything,[3][4] adalah satu rancangan hiburan Korea Selatan yang diedarkan oleh JTBC.
Format
Brother School
Format semasa (dari episod 17) menggunakan konsep sekolah tinggi di mana ahli-ahli tetap berlakon sebagai pelajar sekolah tinggi dalam sebuah kelas sementara tetamu-tetamu jemputan hadir sebagai pelajar yang baru berpindah. Kebanyakan segmen dalam format ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pelajar sekolah biasa akan buat bersama-sama. Pada masa yang sama, rancangan ini akan kadang-kala mempelbagaikan bahagian akhir dengan segmen di luar konsep sekolah. Format ini telah menerima pujian dari penonton yang menyebabkan peningkatan kadar tontonan dan populariti rancangan ini selepas beberapa episod bersiaran.
Terdapat sekurang-kurangnya dua segmen, yang mentakrifkan format Brother School ini:
Entrance Application – segmen di mana tetamu mengisi borang permohonan terlebih dahulu di mana salah satu ahli tetap akan membaca dan yang lain-lain akan mengulas. Kemuncak segmen ini adalah pilihan tetamu untuk duduk bersama dengan ahli-ahli tetap yang beliau suka atau tidak suka.
Guess About Me – segmen di mana tetamu telah mempersiapkan beberapa soalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Soalan-soalannya kadang-kala samar-samar atau amat peribadi di mana tetamu tidak pernah mendedahkan maklumat tersebut kepada orang ramai.
Setiap episod mungkin juga mempunyai segmen-segmen berikut, sama ada dalam, di antara, atau selepas segmen-segmen tetap di atas:
Second Period – satu segmen yang biasanya datang selepas segmen tetap dan berbeza antara tetamu. Dalam kebanyakan situasi, tetamu yang memberi cadangan aktiviti apa yang mahu dibuat. Ia mempunyai variasi aktiviti dari sesi kaunseling, kelas seni dan pendidikan jasmani.
Let's Play – segmen pendek apabila tetamu akan mencabar ahli tetap dalam satu permainan, yang tetamu rasa yakin untuk menang, biasanya oleh cara ortodoks seperti peraturan serta-merta. Tetamu biasanya akan mengakhiri cabaran ini dengan mengalahkan setiap ahli tetap secara berturut-turut.
Three No's (No Concept, No Basis, No Script) – satu segmen yang berkisar tentang sketsa pendek secara spontan di mana ahli tetap & tetamu tidak diberikan sebarang dialog atau jalan cerita. Mereka hanya boleh bergantung pada keseluruhan tema yang ditentukan pada minggu itu dan saat penting.
Music Class (Songstagram) – segmen di mana tetamu telah membuat satu daftar lagu dengan tema tertentu pilihan mereka. Segmen ini memfokuskan pada usaha ahli tetap dalam meneka lagu-lagu tesebut dalam urutan yang benar. Petunjuk, seperti tarikh pelancaran, ciri-ciri, atau "Permainan Jonghyun" yang telah diperkenalkan pada ep. 29 oleh mendiang Jonghyun (SHINee), di mana awal suku kata/not dari bait diberikan dengan irama digunakan untuk membantu ahli.
Lee Sang-min Time – diperkenalkan secara rasmi di ep. 56 dan sebelumnya dipanggil Choose Your Type, ia adalah satu segmen pendek di mana tetamu (biasanya yang perempuan) diberitahu oleh Lee Sang-min untuk memilih mana-mana ahli tetap (atau tetamu jemputan lelaki yang datang bersama) sebagai pasangan ideal mereka. Spesifikasi adalah agar semua anggota "setaraf" dari segi undang-undang, sosial ekonomi, & status awam; dan bahawa pilihan didasarkan hanya pada penampilan dan personaliti mereka.
Dancestagram – diperkenalkan secara rasmi di ep. 57 oleh Chanmi (AOA), tetapi dalam episod dengan Psy ia menjadi satu segmen di mana penerbit akan memainkan suku kata awal/not pertama dalam lagu tersebut dan mereka perlu teka tajuk, lagu dan tarian lagu tersebut.
99 Seconds Teamwork Competition – satu segmen yang sering digunakan ketika sekumpulan besar tetamu hadir, seperti kumpulan idola. Setiap misi adalah berbeza setiap episod, tetapi pasukan ahli tetap dan pasukan tetamu perlu melengkapkan misi tersebut dalam 99 saat. Sekiranya satu pasukan berjaya melengkapkan misi ini, pasukan lawan akan diberi peluang untuk membaiki rekod mereka.
Classical Culture Class- satu segmen mendedikasikan budaya pop tentang generasi lalu.
Imagination Time- satu segmen yang bermula dengan memanaskan badan seperti melukis dari satu bentuk dan meneka perkataan yang dikatakan tanpa mengeluarkan suara. Kemuncak segmen ini adalah (Hangul: 상상력 시간) adalah Guess the Drama Line, ahli-ahli dan tetamu harus meneka apa dialog seterusnya dalam babak dari drama yang ditunjukkan kepada mereka.
Aspek penting dalam rancangan ini adalah penggunaan banmal (Hangul: 반말; "bahasa formal"), satu cara ucapan yang digunakan oleh semua orang tidak kira umur mereka atau senioriti, lalu mengabaikan peraturan bahasa Korea yang ketat, yang menekankan aspek senioriti dan hierarki sunbae–hoobae dalam industri hiburan Korea. Bahasa tidak formal dan persekitaran yang kasual juga menggalakkan tetamu dan ahli-ahli tetap untuk berinteraksi antara satu sama lain seperti rakan-rakan sekolah buat, mendorong mereka untuk menjadi cukup selesa untuk mengusik satu sama lain.
Episod Istimewa
Episod-episod ini tidak mengikut format Brother School.
Satu konsep di mana penonton boleh menjawab soalan-soalan yang dihantar dalam buletin rancangan ini yang ahli-ahli tetap boleh gunakan sepanjang pertandingan. Konsep ini kembali untuk 2 episod pada episod 107 & 108 untuk memperingati ulangtahun ke-2 rancangan ini.
Mental Victory Battle
14 - 16
Ia adalah fomat bual bicara/permainan. Formatnya seolah-olah diadakan atas dasar yang satu format yang stabil diperlukan dengan memanggil dua calon penghibur yang memerlukan kejayaan mental dan bermain satu konfrontasi logik dan memilih seorang pemenang. Kerana ini, ia adalah mustahil untuk keluar dari kritikan yang "old freshness" telah hilang dan menjadi cliche. Dalam salah satu segmen, mereka akan mulakan dengan "esteem up and down", penerbit akan menunjukkan sati gambar dan tetamu perlu beri tanda bagu atau tidak bagu dengan ibu jari, kemudian mereka harus menjelaskan sebab. Selepas mendengar, pengacara akan menekan butang untuk siapa yang memiliki lebih psikis.
Oldest Brother (옛날 형님, 큰형님) Bat (박쥐) Fat Bat (뚱박) Harley Dong (할리동) Tom (톰) Face Genius (얼굴천재) Crockery (장독대) Vocal Genius (음악천재, 음천) Pig (돼지) Okja (옥자)
Ep. 1 – sekarang
Ahli paling tua dan paling kuat antara semua ahli, yang diketahui mempunyai gaya komedi yang ketinggalan zaman. Beliau adalah seorang bekas atlit Ssireum yang berjaya mencapai banyak anugerah sepanjang karier profesionalnya. Ahli-ahli lain suka mengusik beliau dengan rakan persaingan mesra sebagai MC bersama Yoo Jae-suk, "MC Negara" dan mempunyai gaji penampilan tertinggi diantara semua ahli kerana senioritinya dalam industri ini. Selepas mengalahkan Seo Jang-hoon dalam pertempuran paras rupa, beliau mendapat nama panggilan “Face Genius” (얼굴천재) dari ahli Oh My Girl, Seunghee[7]
Lagu tema utama untuk beliau adalah "Love Theme from the Godfather" oleh Nino Rota dari filem The Godfather; dan kadangkala variasi muzik dari "The Imperial March (Darth Vader's Theme)", biasanya oleh kumpulan Jepun Kuricorder Quartet.
Smurf (스머프) Ace (에이스) God of Improvisation (콩트의 신) Kang Ho-dong's right-hand man (강호동의 오른팔) True Embodiment of Knowing Bros (사실상 아는 형님의 전신) Recreation Manager (오락 부장)
Ep. 1 – sekarang
Beliau dikenali sebagai orang kanan Kang Ho-dong dan badut kelas dalam rancangan ini. Beliau bertanggungjawab membaca borang Permohonan Masuk untuk pelajar baru. Ahli-ahli lain suka mengusik beliau tentang skandal perjudian yang menyebabkan beliau berhenti dari sebarang rancangan TV selama dua tahun.[8][9]
Lagu tema utama beliau adalah lagu "All In Theme (Orchestra Version)" dari drama Korea 2003 bertajuk All In; dan kadangkala lagu "Public Enemy" (공공의 적) oleh Jo Yeong-wook dari filem Korea 2002 dengan tajuk yang sama, lagu "You Be Illin'" oleh kumpulan hip hop Run-DMC, & lagu "La La Song" oleh Hoyt Curtin dari siri animasi televisyen The Smurfs.
The one whose seat is always taken away (맨날 자리 뺏기는 애)
Noisy Brother (시끄러운 형) D.a.n.g Boss (당갑, DANG甲) Least-Funny Icon (노잼의 아이콘) The unfunny one (재미없는 애, 안 웃기는 애) Talent Breaker (개인기 브레이커) Comrade Kim Yong-chol (김영철 동무) Invisible Man (투명인간) Wallflower (병풍) Comedian, Not Canadian
Ep. 1 – sekarang
Ahli yang paling tidak kelakar antara ahli-ahli lain, yang dikenali tentang janjinya untuk meninggalkan rancangan ini sekiranya ia mencapai kadar tontonan 5%. Beliau juga fasih berbahasa Inggeris, dipanggil sebagai pelawak Korea yang paling fasih berbahasa Inggeris, namun lawak Inggerisnya tidak kelakar hanya kerana orang lain tidak memahaminya.
Kadangkala lagu "Gone Not Around Any Longer" (있다 없으니까) oleh kumpulan duo Korea SISTAR19 digunakan sebagai lagu tema beliau serta lagu beliau sendiri "Ring Ring" (따르릉); lagu-lagu dari Korea Utara seperti "Greetings" (반갑습니다) oleh penyanyi Korea Utara Ri Kyong-suk (리경숙), & "Whistle" (휘파람) oleh penyanyi Korea Utara Jon Hye-yong (전혜영).
Giant/Titan (거인) Symbol of Break-ups (이별의 상징/아이콘, 헤어짐의 아이콘) Epitome of Legal Separation (법적 이별계의 독보저 존재) Seo Ph.D, Break-up Expert (이별 전문 서박사, 이별 서장훈 선생) Honorary Ambassador on Divorce (이혼 홍보대사) Ssamja's Father (쌈자 아비) Landlord (건물주) Worth $600 million (6천억) Fact Bomber (팩트 폭격기) Big Bat (장박) Class President Seo (반장님, 서 반장) Dream Breaker (드림 브레이커) Ex-son-in-law (훈 서방) Chatterbox (수다쟁이) Genius (천재) Seogolas (서골라스) Gold spoon class (금수저) Settlement Expert (합의 전문가) Pillar (기동) Utility Pole (전봇대) Acting Genius (연기천재) Leonardo SeoCaprio (리오나르도 서카프리오)
Ep. 1 – sekarang
Seorang bekas atlit bola keranjang dalam Liga Bola Keranjang Korea, beliau mempunyai ketinggian paling tinggi di kalangan ahli-ahli lain. Selalu diusik tentang ketinggiannya (207cm, secara kasar 6 kaki 9 inci), kaya, kes perceraian berprofil tinggi dan kesihatan fizikal yang tidak baik; selalu satu tapak kehadapan dalam sesi "Guess About Me", hanya dirompak jawapannya pada saat akhir, namun apabila dapat meneka dengan betul, beliau akan berjalan dari satu sudut ke arah kamera high-boom, sentiasa dengan kayu bola lisut, kemudian bertukar pasangan tempat duduk.
Lagu tema utama beliau adalah lagu "The Last Match" (마지막 승부) oleh penyanyi Korea Selatan Kim Min-gyo, lagu tema untuk drama Korea 1994 dengan tajuk yang sama; dan kadangkala lagu "Scars" (상처만) oleh penyanyi Korea Selatan BOIS dari drama Korea 2010 Secret Garden, & lagu "Rainism" oleh penyanyi Korea Selatan Rain.
Psycho (돌I, 돌+아이; the actual spelling being an insult as well as a swear word)
Psycho Brother (돌I 형) Universe Big Star (우주대스타) TV Maniac (TV 덕후) Mr. Kim Stop-It (김 그만 하라고 씨) Kim Hee-mi (김희미) King of Seriousness (정색왕) Human Jukebox (인간 주크박스) Music Master (가요박사) Music Search Engine (음악 검색기) Impersonation Machine (모창 머신) Kangwon-do Representative (강원도 대표) Knowing Bros/Brother School's Anti-Smoking Honorary Ambassador (아는형님/아형고의 금연 홍보대사) Ace of Jokes (드립 에이스) Zoruzima Master (조르지마 전도사)
Ep. 1 – sekarang
Ahli paling 'gila' diantara ahli lain, yang dikenali dengan komen yang pedas dan terlalu berterus-terang, yang beliau sentiasa guna apabila kenalan lama datang sebagai tetamu rancangan ini. Beliau sentiasa diusik kerana sentiasa menggosok tangan semasa masuk ke kelas dan mempunyai "magnet" di kakinya kerana kemalangan kereta pada 2006. Beliau juga dikenali sebagai duta anti-rokok, yang merokok pada usia muda namun telah berhenti untuk memberitahu orang lain kesan buruk tabiat tersebut, dan orang pertama dalam kumpulan ini untuk berbuat demikian (beliau dan Kang Ho-dong telah berhenti manakala Kim Young-chul tidak pernah merokok). Beliau menjadi pelajar baru (tetamu) apabila beliau membuat promosi dengan Super Junior.
Lagu tema utama beliau adalah "Sorry, Sorry" & "Mr. Simple", kedua-duanya oleh kumpulan beliau Super Junior.
Min Ssamja (민쌈자) Ssamgu (쌈구) Youngest Brother (막내) 4D Brother (4차원 동생) Pervert (음란, 음란마귀) Trash (쓰레기, 쓰레기통) Jerry (제리) Slug (민달팽이) Kang Ho-dong Sniper (강호동 저격수) Homebody (집순이) Limbo King (림경훈) Bad Acting Boss (발연기甲)
Ep. 2 – sekarang
Ahli paling muda dalam barisan ahli tetap, kadangkala dipanggil sebagai anak Janghoon, yang dikenali dengan komen yang matang dan pemikiran yang sensual, juga sifat suka memberontak terhadap Kang Ho-dong, ahli paling tua dalam rancangan ini.[10] Beliau adalah vokalis kumpulan rock Buzz dan sentiasa diusik untuk suara kepala dan penggunaan suara falsetto yang berlebihan. Dikenali sebagai penari yang tidak mahir antara ahli-ahli kerana kurangnya irama badan dan kurang berilmu apabila berkaitan dengan nama dalam industri huburan, terdapat satu usikan yang selalu digunakan bahawa artis itu sememangnya popular sekiranya Kyung Hoon kenal siapa artis itu. Ramai selebriti terutama sekali kumpulan idol, selalu bertanyakan beliau sekiranya beliau kenal dengan mereka. Beliau juga agak lincah di kalangan ahli-ahli kerana telah dilatih dalam seni mempertahankan diri sejak sekolah rendah.
Lagu tema utama beliau adalah dari kumpulan beliau sendiri Buzz, selalunya "Thorn" (가시), "Coward" (겁쟁이), & "Reds Go Together"; dan kadangkala lagu "Careless Whisper" oleh George Michael, dan lagu "Sweet Dream" (나비잠) duet oleh beliau sendiri dan Hee-chul.
God of Music (음악의 신) Debtor (채무자, 빚쟁이) Good Wife, Wise Mother (현모양처) Kang Ho-dong's left-hand man (강호동의 왼팔) Roo'ra's Honorary Ambassador (룰라 홍보대사) Bachelor (총각)
Ep. 14 – sekarang
Beliau seringkali diusik kerana status duda beliau dan hutang beliau yang sangat banyak. Kerana ini, beliau selalu memberi nasihat kepada penyanyi muda. Beliau adalah seorang penulis lagu yang berjaya dan penerbit album, khusus dalam hip-hop dan muzik rancak dan beliau mempunyai badan yang tegap kerana berjaya menurunkan berat sebanyak 22kg. Nama panggilan beliau diberi oleh Lee Soo-geun, yang merupakan kependekan dari perkataan "situasi beliau sekarang adalah sangat sengsara", satu rujukan kepada beliau yang sedang menanggung hutang yang banyak (Hangul: 현재 모양이 처량하다code: ko is deprecated ; RR: hyeonjae moyang'i cheoryanghada).[11] Pada 2018, selepas beliau akhirnya berjaya melangsaikan hutang tersebut, beliau telah memohon kad kredit yang mempunyai had rendah buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun dan belanja ahli-ahli lain Amerikano, selepas penilaian kredit beliau naik dari Gred 10 (paling buruk) ke Gred 6.[12]
Lagu tema utama beliau adalah lagu penutup untuk rancangan dokumentari Korea Selatan berjudul Screening Humanity; dan kadangkala lagu "1997 Spring" dari filem Jepun 2001 berjudul Calmi Cuori Appassionati, juga lagu "Cries and Whispers" dari filem Korea Selatan 2003 berjudul Oldboy.
Beliau adalah pemain gitar utama untuk kumpulan rock N.EX.T, dan dikenali sebagai antara tiga gitaris terhandal dalam Korea Selatan.
Tempoh
Tetamu dengan penampilan paling banyak
Rancangan ini kadangkala menjemput tetamu yang sama berulang kali dalam episod yang berlainan kerana populariti mereka atau kerana persembahan yang mengagumkan dalam episod terdahulu. Untuk kumpulan idol, seorang ahli boleh tampil dalam satu episod secara berseorangan atau dipasangkan dengan tetamu lain yang bukan ahli sepasukan dengan mereka atau tampil dalam episod lain dengan pasukan sendiri sebagai sebahagian daripada pasukan mereka sendiri.
Ambil perhatian bahawa rancangan ini ditayangkan di siaran kabel (TV berbayar) yang memainkan peranan dalam kadar tontonan yang naik dengan perlahan dan secara relatifnya mempunyai kumpulan penonton yang kecil apabila dibandingkan dengan siaran (FTA) pada rangkaian awam seperti KBS, SBS, MBC or EBS.
Kadar NR bermaksud "tidak dilaporkan". Kadar yang terlalu rendah.
TNmS telah menghentikan penerbitan laporan mereka sejak Jun 2018.
Pada Disember 2016, rancangan ini menerima tindakan tatatertib dari
Jawatankuasa Penapisan Penyiaran Korea Selatan kerana penggunaan komen yang tidak senonoh termasuk komen yang mengobjekkan tetamu wanita buat beberapa kali. Jawatankuasa ini juga menegaskan penggunaan bahasa tidak wajar antara ahli, komen-komen homofobik dan terutama sekali perbuatan Min Kyung-hoon memberikan baju dalam wanita yang dibuat dari kertas kepada tetamu wanita dalam salah satu episod. Selain peringatan dari jawatankuasa ini, dilaporkan juga rancangan ini menerima aduan dari penonton tentang perkara yang sama.[20]
Anugerah dan Pencalonan
Knowing Bros telah dicalonkan dalam 10 anugerah, menang 7.
^Kim, In-young (December 3, 2015). "'아는 형님' 공식 포스터 공개, 벌써부터 풍기는 빅재미 냄새" ['Knowing Bros' official poster is released, already has a big funny smell]. IlganSports (dalam bahasa Korean). Dicapai pada September 18, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
^Jo, In-woo (December 4, 2015). "강호동과 서장훈이 싸우면 누가 이길까, JTBC 시시콜콜 '아는형님'" [If Kang Ho-dong and Seo Jang-hoon fight, who will win?]. Newsis (dalam bahasa Korean). Dicapai pada September 18, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
^Ahn, In-yong (June 24, 2016). "이혼 얘기, 도박 얘기, 그만 하시죠" [Talk about divorce, talk about gambling, stop.]. The Hankyoreh (dalam bahasa Korean). Dicapai pada September 18, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Ahn, In-yong (June 28, 2016). "'셀프 디스' 개그는 그런 게 아니다" [That's not self-discipline]. HuffPost (dalam bahasa Korean). Dicapai pada September 18, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
^"[TV톡톡] 안재현·민경훈·김희철, 강호동 잡는 3대장" [[TV Talk] Ahn Jae Hyun · Min Kyung Hoon · Kim Hee Cheol, 3 giants of Kang Ho-dong]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Korean). June 4, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada September 18, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
^Lee, Eun-bi (July 11, 2016). "이수근이 밝힌 이상민이 '현모양처'인 이유" [Lee Soo-geun revealed Lee Sang-min to be a'welfare man']. YTN (dalam bahasa Korean). Dicapai pada September 18, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
^Walaupun selalu dinamakan sebagai tetamu, beliau berhajat untuk menjadi ahli tetap. Beliau selalu ditampilkan sebagai seorang cikgu yang mempunyai gaya luarbiasa.
^"6th GAONCHART MUSIC AWARDS". kpopawards (dalam bahasa Korea). February 22, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2017. Dicapai pada January 22, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"53rd Paeksang Arts Awards". isplus.live.joins (dalam bahasa Korea). April 7, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-08. Dicapai pada April 7, 2017.