Rencana ini mengenai lebihan perdagangan negara-negara pengeksport minyak. Untuk istilah luas dengan pelbagai maksud, sila lihat Mata wang petrol.
Kitar semula dolar petrol ialah perbelanjaan atau pelaburan antarabangsa hasil sesebuah negara daripada eksport petroleum ("dolar petrol").[3] Ia pada umumnya merujuk fenomena negara-negara pengeksport petroleum besar, sebahagian besarnya anggota OPEC tambah Rusia dan Norway, menghasilkan lebih banyak duit daripada eksport minyak mentah daripada mereka dapat melabur dengan efisien dalam ekonomi mereka sendiri.[4] Saling bergantungan sejagat dan aliran kewangan berikutnya, daripada pengeluar minyak kembali kepada pengguna minyak, boleh mencecah suatu skala beratus-ratus bilion dolar AS per tahun – termasuk berbagai-bagai urus niaga dalam pelbagai mata wang, beberapa terpancang dengan dolar A.S. dan beberapa tidak. Aliran ini amat dipengaruhi oleh keputusan peringkat kerajaan berhubung pelaburan dan bantuan antarabangsa, dengan akibat yang penting bagi kedua-dua kewangan sejagat dan politik petroleum.[5] Fenomena tersebut paling ketara semasa tempoh apabila harga minyak tinggi dalam sejarah.[6]
Istilah dolar petrol dicipta pada awal 1970-an semasa krisis minyak, dan pusuan dolar petrol besar yang pertama (1974–1981) menyebabkan lebih banyak kerumitan kewangan daripada yang kedua (2005–2014).[7]
Pada bulan Ogos 2018, Venezuela mengisytiharkan ia akan membubuhi harga minyaknya dalam Euro, Yuan dan mata wang yang lain.[8][9]