Kimigayo

"Kimigayo"
君が代
Lembaran muzik "Kimigayo"

anthem  Jepun
LirikPuisi waka, Zaman Heian, 794–1185
MuzikYoshiisa Oku, Akimori Hayashi dan Franz Eckert, 1880
Diguna pakai13 Ogos 1999
Sampel audio
"Kimigayo"
(instrumental)

Kimigayo (君が代) ialah lagu kebangsaan Jepun. Liriknya merupakan yang tertua dan terpendek di dunia dan berasal daripada sebuah puisi waka yang ditulis pada Zaman Heian (794–1185).[1] Melodi yang digunakan untuk lagu ini dipilih pada tahun 1880 untuk menggantikan melodi yang kurang popular sebelas tahun sebelumnya. Walaupun Kimigayo sering diterjemahkan sebagai "Pemerintahan Duli Tuanku", tidak pernah wujud sebuah penterjemahan rasmi tajuk ataupun lirik lagu itu menurut undang-undang. [2]

Dari 1888 hingga 1945, Kimigayo merupakan lagu kebangsaan Empayar Jepun. Apabila Empayar ini dibubarkan setelah kekalahan Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua, Kimigayo kekal menjadi lagu kebangsaan negara Jepun setelah 1945. Sebuah akta tentang lagu dan bendera kebangsaan negara itu mengiktiraf Kimigayo sebagai lagu kebangsaan rasmi Jepun diluluskan pada 1999.

Kimigayo dimainkan di nada C major, menurut harian The Japan Times.[3]

Sejarah penukilan

Seni kata

Lirik lagu ini pertama kali muncul dalam sebuah antologi puisi bernama Kokin Wakashū, sebagai sebuah puisi yang anonim. Meskipun sebuah puisi anonim bukanlah tidak lazim pada waktu itu, identitas pengarang yang sebenarnya mungkin saja sudah diketahui, tetapi namanya mungkin sengaja tidak disebutkan kerana asalnya dari suatu darjat masyarakat yang lebih rendah.

Puisi ini ditampilkan dalam berbagai antologi, dan dalam zaman-zaman selanjutnya digunakan sebagai lagu perayaan oleh orang-orang dari semua lapisan sosial. Tidak seperti bentuknya yang digunakan untuk lagu kebangsaan saat ini, puisi ini awalnya dimulai dengan "Wa ga Kimi wa" (Engkau, Yang Mulia) dan bukannya "Kimi ga Yo wa" (Kekuasaan Yang Mulia). Perubahan lirik terjadi pada zaman Kamakura.[4]

Irama lagu

Pada tahun 1869 di awal zaman Meiji, seorang pemimpin pancaragam tentera dari Ireland bernama John William Fenton yang sedang berkunjung ke Jepun menyedari bahawa Jepun tidak memiliki sebarang lagu kebangsaan langsung. Oleh itu, Fenton menyarankan kepada Iwao Ōyama, seorang pahlawan dari suku Satsuma agar menciptakan lagu sebegitu, Ōyama setuju dan memilihkan liriknya.[5] Intipati sajak akhir yang terpilih mirip seni kata lagu kebangsaan England, yang kemungkinannya hasil pengaruh dari Fenton.[6]

Setelah lirik yang bersesuaian dipilih dari sajak disebut, Ōyama meminta Fenton untuk menciptakan melodinya - Fenton berjaya menghasilkan gubahan iramanya meskipun diberikan hanya tiga minggu dan hanya beberapa hari untuk berlatih, gubahan ini ditampilkan pertama kalinya di hadapan Maharaja Jepun pada tahun 1870.[6] Sungghupun begitu, gubahan ini ditolak tidak hanya kerana melodinya dianggap "kurang berat" (lacked solemnity),[7] tetapi juga kerana ia didapati sukar dinyanyikan.[8] Namun, versi ini masih tetap diperdengarkan setiap tahun di Kuil Myōkōji di Yokohama, tempat Fenton pernah menjabat sebagai pemimpin band militer. Myōkōji berperan sebagai tempat peringatan bagi Fenton.[5]

Pada tahun 1880, Biro Rumah Tangga Kekaisaran menyetujui suatu melodi baru yang ditulis oleh Yoshiisa Oku dan Akimori Hayashi. Komposer versi ini sering tertulis sebagai Hiromori Hayashi, ayah Akimori Hayashi iaitu salah satu murid Fenton.[6] Irama ini dibuat berdasarkan bentuk muzik tradisi diraja yang dimainkan dalam isi istana Jepun, namun digubah dalam gaya campuran dipengaruhi oleh gita-gita puja Barat serta menggunakan beberapa elemen dari gubahan asal Fenton.[9] Komposer Jerman Franz Eckert kemudian menerapkan harmoni melodi gaya Barat (modus Gregorian), sehingga menciptakan versi Kimigayo yang dipakai sekarang. Lagu ini diterap masuk dalam perayaan-perayaan di sekolah umum berkat usaha Kementerian Pendidikan pada 1893.[4]

Lirik

Batu sazare-işi (さざれ石) kononnya terhasil daripada batu-batu kerikil, lalu dikiaskan kepada penyatuan bangsa.
Gambar batu jenis ini di Kuil Shimogamo, Kyōto.

Bahasa Jepun

君が代は
千代に
八千代に
細石の
巌となりて
苔の生すまで

Romaci (Rumi)

Kimigayo va
Çiyo ni,
Yaçiyo ni
Sazare işi no
Ivao to narite
Koke no mısı made.

Terjemahan

Semoga kekuasaan Duli Tuanku
berlanjutan sehingga seribu keturunan
[malah sehingga] lapan ribu keturunan lamanya,
sampailah kerikil
berubah menjadi batu karang
yang diselimuti lumut.

Rujukan

  1. ^ "Japan – Kimigayo". NationalAnthems.me. Dicapai pada 2011-11-28.
  2. ^ "Elementary schools face new mandate: Patriotism, 'Kimigayo'". The Japan Times Online. Kyodo News. 2008-03-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 2011-08-20.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JT2007
  4. ^ a b Mayumi Itoh (2001). "Japan's Neo-Nationalism: The Role of the Hinomaru and Kimigayo Legislation". JPRI WORKING PAPER. Published by Japan Policy Research Institute. Dicapai pada 2007-07-07. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  5. ^ a b Aura Sabadus (2006-03-14). "Japan searches for Scot who modernised nation". The Scotsman. Published by Johnston Press Digital Publishing. Dicapai pada 2007-12-10. External link in |work= (bantuan)
  6. ^ a b c Colin Joyce (2005-08-30). "Briton who gave Japan its anthem". Telegraph.co.uk. Published by Telegraph Media Group Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-27. Dicapai pada 2007-12-10. External link in |work= (bantuan)
  7. ^ Ministry of Foreign Affairs (2008). "NATIONAL FLAG AND ANTHEM" (PDF). Japan Fact Sheet. Site "Web Japan" sponsored by the Ministry of Foreign Affairs. Dicapai pada 2008-05-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]
  8. ^ Marshall, Alex (2016). Republic or Death! Travels in Search of National Anthems. London: Windmill Books. m/s. 104. ISBN 9780099592235. Fenton's effort was overhauled in 1880 because it turned out to be completely unsingable if you were Japanese – 'Japanese is not a tonal language, but it has its highs and lows, and he got it completely wrong, 'Professor Kazuo Fukushima, the director of Japan's Music Historiography Research Institute, told me – but after the rework it grew in prominence, especially as Japan's ruling elite tried to create a modern country...
  9. ^ Hermann Gottschewski: "Hoiku shōka and the melody of the Japanese national anthem Kimi ga yo", in: Journal of the Society for Research in Asiatic Music (東洋音楽研究), No. 68 (2003), pp. (1)-(17). Published by The society for Research in Asiatic Music Diarkibkan 2009-02-11 di Wayback Machine.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!