Kereta Api Pasifik Kanada (Inggeris: Canadian Pacific Railway, singkatan: CPR) atau juga dikenali sebagai Pasifik Kanada merupakan sebuah syarikat kereta api yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta api di Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Syarikat ini diasaskan pada tahun 1881 lagi dan ibu pejabatnya terletak di Alberta, Kanada. Memiliki laluan kereta api sepanjang 22,500 kilometer (14,000 bt) di kedua-dua negara tersebut, laluan tersebut terbentang dari Montreal sehingga Vancouver dan sejauh Edmonton di utara. Rangkaian rel ini memberi khidmat di bandar-bandar utama di AS seperti Minneapolis, Chicago dan Bandaraya New York.