Kereta ApiMetropolitan (juga dikenali sebagai Met)[nota 1] ialah kereta api penumpang dan barangan yang memberi perkhidmatan di London dari tahun 1863 hingga 1933, aliran utamanya menuju ke barat laut dari pusat kewangan ibu negara di Bandaraya, yang kemudiannya menjadi pinggir bandar Middlesex. Laluan kereta api pertamanya menghubungkan terminal kereta api laluan utama di Paddington, Euston dan King's Cross ke Bandaraya. Bahagian pertama dibina di bawah New Road menggunakan kaedah "gali dan timbus" di antara Paddington dan King's Cross dan dalam terowong dan tarahan landasan di sisi Farringdon Road dari King's Cross hingga berdekatan Smithfield. Ia dibuka kepada orang awam pada 10 Januari 1863 dengan gerabak kayu yang menggunakan sistem pencahayaan gas dan diangkut dengan lokomotif stim, kereta api bawah tanah yang direka untuk penumpang pertama di dunia.[2]
Aliran kereta api itu kemudiannya dilanjutkan di kedua-dua penghujung dan menuju ke arah utara melalui laluan cabang dari Baker Street. Ia mencapai ke Hammersmith pada tahun 1864, Richmond pada 1877 dan menyiapkan Inner Circle pada 1884, tetapi laluan yang paling penting adalah aliran utara ke kawasan perkampungan Middlesex, di mana ia merangsang pembangunan pinggir bandar yang baru. Laluan ini seterusnya mecapai ke Harrow pada tahun 1880, dan laluan itu akhirnya dilanjutkan ke Verney Junction di Buckinghamshire, lebih daripada 50 batu (80 kilometer) dari Baker Street dan pusat bandar London.
Tarikan elektrik diperkenalkan pada tahun 1905 dan pada 1907 unit kereta api elektrik berganda beroperasi di kebanyakkan perkhidmatan, walaupun pengelektrikan bagi bahagian terpencil tidak berlaku sehingga sedasawarsa kemudian. Tidak seperti syarikat-syarikat kereta api yang lain di kawasan London, Met membangunkan tanah untuk perumahan dan selepas Perang Dunia Pertama, ia memperkenalkan estet-estet perumahan berdekatan kereta api dengan menggunakan jenama "Metro-land". Pada 1 Julai 1933, Met telah digabungkan dengan Syarikat Kereta Api Elektrik Bawah Tanah London serta pengendali trem dan bas ibu negara untuk membentuk Lembaga Pengangkutan Penumpang London.
^Syarikat itu memperkenalkan diri sebagai "The Met" sejak 1914.[1] Kereta api itu dirujuk sebagai "the Met" atau "the Metropolitan" dalam catatan bersejarah seperti Jackson 1986, Simpson 2003, Horne 2003, Green 1987, dan Bruce 1983.
Rujukan
^Jackson 1986, halaman 195, 325, lihat juga bahan publisiti yang dicetak semula di Simpson 2003, halaman 70
Awdry, Christopher (1990). Encyclopaedia of British Railway Companies. Patrick Stephens Ltd. ISBN1-85260-049-7.CS1 maint: ref=harv (link)
Benest, K.R. (1984) [1963]. Metropolitan Electric Locomotives (ed. 2nd). London Underground Railway Society. ISBN0-9508793-1-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Bruce, J Graeme (1983). Steam to Silver. A history of London Transport Surface Rolling Stock. Capital Transport. ISBN0-904711-45-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Butt, R. V. J. (1995). The Directory of Railway Stations: details every public and private passenger station, halt, platform, and stopping place, past and present (ed. 1st). Patrick Stephens Ltd. ISBN1-85260-508-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Casserley, H.C. (1977). The later years of Metropolitan Steam. D. Bradford Barton. ISBN0-85153-327-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Day, John R.; Reed, John (2008) [1963]. The Story of London's Underground (ed. 10th). Capital Transport. ISBN978-1-85414-316-7.CS1 maint: ref=harv (link)
Demuth, Tim; Leboff, David (1999). No Need To Ask. Harrow Weald: Capital Transport. ISBN185414 215 1.CS1 maint: ref=harv (link)
Earnshaw, Alan (1989). Trains in Trouble: Vol. 5. Penryn: Atlantic Books. ISBN0-906899-35-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Edwards, Dennis; Pigram, Ron (1988). The Golden Years of the Metropolitan Railway and the Metro-land Dream. Bloomsbury. ISBN1-870630-11-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Foxell, Clive (1996). Chesham Shuttle: The Story of a Metropolitan Branch Line (ed. 2nd). Clive Foxell. ISBN0-9529184-0-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Goudie, Frank (1990). Metropolitan Steam Locomotives. Capital Transport. ISBN978-1-85414-118-7.CS1 maint: ref=harv (link)
Gourvish, Terry (2006). The Official History of Britain and the Channel Tunnel. Routledge. ISBN978-0-415-39183-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Green, Oliver (1987). The London Underground: An illustrated history. Ian Allan. ISBN0-7110-1720-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Green, Oliver, penyunting (2004). Metro-Land (ed. British Empire Exhibition 1924 reprinted). Southbank Publishing. ISBN1-904915-00-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-28. Dicapai pada 2012-04-22.CS1 maint: ref=harv (link)
Horne, Mike (2003). The Metropolitan Line. Capital Transport. ISBN1-85414-275-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Horne, Mike (2006). The District Line. Capital Transport. ISBN1-85414-292-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Jackson, Alan (1986). London's Metropolitan Railway. David & Charles. ISBN0-7153-8839-8.CS1 maint: ref=harv (link)
Lee, Charles E. (1956). The Metropolitan District Railway. The Oakwood Press. ASINB0000CJGHS.CS1 maint: ref=harv (link)
Rose, Douglas (Disember 2007) [1980]. The London Underground: A Diagrammatic History (ed. ke-8). Capital Transport. ISBN978-1-85414-315-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Rowley, Trevor (2006). The English landscape in the twentieth century. Hambledon Continuum. ISBN1-85285-388-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Simpson, Bill (2003). A History of the Metropolitan Railway. Volume 1: The Circle and Extended Lines to Rickmansworth. Lamplight Publications. ISBN1-899246-07-X.CS1 maint: ref=harv (link)
Snowdon, James R. (2001). Metropolitan Railway Rolling Stock. Didcot: Wild Swan. ISBN1-874103-66-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Walford, Edward (1878). New and Old London: Volume 5. British History Online. Dicapai pada 2012-07-03.CS1 maint: ref=harv (link)
Wolmar, Christian (2004). The Subterranean Railway: how the London Underground was built and how it changed the city forever. Atlantic. ISBN1-84354-023-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Railway Clerks' Association (1922). The Reorganisation of British Railways: The Railways Act, 1921 (ed. 3rd). Gray's Inn Press.CS1 maint: ref=harv (link)
Kaji selidik Jawatankuasa Bersama Kereta Api Metropolitan & Great Central yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Bersama Kereta Api Metropolitan & Great Central pada 1907 untuk kegunaan sendiri, sepuluh stesen yang diwarnakan dengan tangan dan rancangan pindah silang yang mengilustrasikan laluan dari stesen Harrow-on-the-Hill ke Amersham dan Chesham.