Kereta Api Bawah Tanah Glasgow (Inggeris: Glasgow Subway) merupakan sebuah sistem kereta api bawah tanah yang terdapat di Glasgow, Scotland. Dibuka pada 14 Disember 1896, sistem ini adalah yang ketiga tertua di dunia selepas London Underground dan Metro Budapest. Sistem kereta api ini satu-satunya di United Kingdom yang berada sepenuhnya di bawah tanah dan juga salah satu daripada beberapa sistem di dunia yang masih menggunakan tolok landasan 1,219 milimeter (4 ka 0 in). Dahulunya, Kereta Api Bawah Tanah Glasgow merupakan kereta api kabel sebelum bertukar kapada kereta api elektrik tetapi aliran membulat kembarnya tidak pernah dikembangkan.
Nama
Pada awalnya, kereta api bawah tanah ini dikenali sebagai Kereta Api Bawah Tanah Daerah Glasgow (Glasgow District Subway), tetapi kemudiannya dinamakan semula sebagai Kereta Api Laluan Bawah Tanah Glasgow (Glasgow Subway Railway). Pada tahun 1936, nama sistem ini diubah kepada Glasgow Underground selepas diambil alih oleh Glasgow Corporation. Walaupun penjenamaan semula dilakukan, penduduk Glasgow masih memanggil sistem kereta api ini sebagai The Subway. Pada 2003, nama Subway (kereta api bawah tanah) diguna pakai secara rasmi oleh pengendali kereta api, Strathclyde Partnership for Transport (SPT).
Stesen
Stesen-stesen berikut disusun mengikut arah jam bermula dari stesen Partick.