Kerajaan Beraja Rom (Latin: Regnum Romanumcode: la is deprecated ) adalah satu zaman di mana tamadun Rompurba ditadbir oleh sebuah kerajaan monarki di kota Rome dan jajahannya.
Tidak banyak diketahui berkenaan sejarah Kerajaan Beraja Rom, di sebabkan hampir tiada rekod bertulis pada masa itu yang terselamat, dan sejarah berkenaannya ditulis semasa zaman Republik dan Empayar Rom dan kebanyakkan berdasarkan lagenda. Walau bagaimanapun, sejarah Kerajaan Beraja Rom bermula dengan pembinaan kota Rome, dipercayai pada 753 SM dengan penempatan di sekeliling Bukit Palatinus di sepanjang sungai Tiber di Itali Tengah, dan berakhir dengan penggulingan raja dan penubuhan Republik pada sekitar 509 SM.
Para raja, kecuali Romulus, yang mana berdasarkan lagenda dilantik oleh rakyat Rom untuk berkhidmat seumur hidup. Tiada raja yang bergantung pada pasukan tentera untuk mendapat atau mengekalkan takhta.