Kem buruh paksa

Kem buruh ialah suatu kemudahan tahanan di mana orang yang ditahan dipaksa melakukan kerja buruh sebagai satu bentuk hukuman dalam kod jenayah. Kem-kem ini mempunyai aspek sama seperti dengan perhambaan dan penjara (terutamanya ladang penjara). Keadaan dalam kem sebegini bergantung banyaknya kepada pengendalinya.

Pada abad ke-20, terdapat suatu kategori baru untuk kem buruh yang dibangunkan untuk tujuan penahanan jutaan orang yang bukan penjenayah tetapi sebaliknya musuh politik (benar atau andaian) dan pelbagai lagi golongan yang tidak diingini pemerintah-pemerintah totalitarian, baik yang komunis mahupun fasis. Sesetengah kem ini berfungsi sebagai "kemudahan pendidkan semula" (reeducational facilities) untuk tujuan paksaan politik, tetapi kebanyakan kem ini bertujuan sebagai tulang belakang kepada industri berat dan pertanian yang dimanfaatkan negara penguatkuasa, terutamanya ketika keadaan perang. Kem buruh dimansuhkan mellaui pelulusan Konvensyen no. 105 Pertubuhan Buruh Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations International Labour Organization, ILO) yang diterima secara antrabangsanya pada 27 Jun 1957.[1]

Rujukan

  1. ^ Edmund Jan Osmańczyk & Anthony Mango (2003). Encyclopedia of the United Nations and International Agreements: G to M. International relations: Volume 2. Taylor & Francis. m/s. 1248. ISBN 0415939224 – melalui Google Books.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!