Bagi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 Kalah-mati antara konfederasi, akan ada dua pertembungan perlawanan yang dijadualkan untuk menentukan dua lagi tempat terakhir untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2018.[1] Pertandingan pada asalnya dijadualkan dimainkan antara 6-14 November 2017,[2] dan kemudiannya disahkan untuk mengambil tempat antara 10-15 November.[3][4]
Format
Cabutan untuk Kalah-mati antara konfederasi berlangsung sebagai sebahagian daripada Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 pada 25 Julai 2015, bermula 18:00 MSK (UTC+3), di Istana Konstantinovsky yang terletak di Strelna, Saint Petersburg.[1]
Empat pasukan dari empat Konfederasi (AFC, CONCACAF, CONMEBOL dan OFC) telah ditarik ke dalam dua pertemuan. Tidak ada pengagihan.[5]
Dalam setiap pertemuan, kedua-dua pasukan akan memainkan tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balas. Kedua-dua pemenang, akan diputuskan menerusi keputusan agregat, dan sekaligus layak ke Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.