Kelawar mega (Inggeris: megabat) membentuk keluarga Pteropodidae bagi order Chiroptera (kelawar). Ia turut dipanggil cecadu, kelawar buah, atau—khusus buat genus Acerodon dan Pteropus—keluang. Ia satu-satunya ahli superkeluarga Pteropodoidea, yang merupakan satu daripada dua superkeluarga dalam suborder Yinpterochiroptera. Pembahagian dalaman Pteropodidae berubah-ubah sejak subkeluarga diperkenalkan julung kali pada 1917. Daripada tiga subkeluarga dalam pengelasan pada 1917, enam sekarang telah diakui, bersama-sama dengan beberapa suku. Setakat 2018, 197 spesies kelawar mega telah digambarkan.
Rujukan
- ^ a b McKenna, M. C.; Bell, S. K. (1997). Classification of mammals: above the species level. Columbia University Press. m/s. 296. ISBN 9780231528535.
Pautan luar