Kekeras

Kacang hazel
Buah berangan

Kekeras (Jawi: ككرس; bahasa Inggeris: nut, juga dipanggil lazim secara seharian sebagai kacang) ialah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan. Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi. Kacang merupakan sumber zat makanan yang penting bagi manusia dan juga hidupan liar.

Buah jenis kekeras secara amnya terdiri daripada cangkerang keras yang tidak boleh dimakan dan benih yang biasanya boleh dimakan. Secara amnya, pelbagai jenis biji kering dipanggil kacang, tetapi dalam konteks botani "kekeras" menunjukkan bahawa cangkerang tidak terbuka untuk melepaskan benih. Terjemahan "nut" dalam bahasa Melayu lazimnya merangkumi kebanyakan jenis makan berbiji kering walaupun mempunyai perbezaan antara kacang dan kekeras.

Kebanyakan biji berasal dari buah-buahan yang secara semulajadi membebaskan diri dari cangkerang, tidak seperti kekeras seperti hazel, buah berangan, dan akorn, yang mempunyai dinding keras dan berasal dari ovari kompaun. Penggunaan istilah am dan asalnya kurang ketat, dan banyak kekeras (dalam rasa kulinari), seperti badam, pekan, pistacio, walnut, dan kacang Brazil,[1] bukanlah kekeras dalam erti botani. Penggunaan istilah umum sering merujuk kepada mana-mana isirong berdinding keras dan dimakan sebagai kekeras.[2]

Kekeras dijual di pasar

Takrif botani

Sebiji kekeras dalam botani adalah sejenis buah serahim yang kering dengan satu biji benih (jarang sekali dengan dua benih) di mana dinding ovari pokok tersebut menjadi sangat keras (seperti batu atau kayu) semasa matang, dan di mana biji tersebut kekal tidak bercantum dengan dinding ovari. Kebanyakan kacang datang daripada putik yang kurang baik mutunya (lihat bunga) dan tidak letup (tidak terbuka ketika matang). Kacang sebenar dihasilkan, contohnya, oleh beberapa jenis keluarga tumbuhan mengikut urutan Fagales.

Urutan Fagales

Takrif masakan dan kegunaan

Kacang pain Korea — tidak dikopek, dan kulit, atas; dikopek, bawah

Kekeras dalam botani mempunyai kategori yang lebih terhad berbanding kekeras dalam masakan, kerana perkataan itu digunakan bagi banyak jenis biji sedangkan ia tidak semestinya kekeras sebenar secara botani. Mana-mana isirong yang berminyak dan besar, ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kekeras. Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut.

Disebabkan kekeras secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan dihargai dan menjadi sumber tenaga. Sejumlah besar kekeras boleh dimakan oleh manusia dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, atau dipanggang sebagai makanan ringan, atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek. Kekeras (atau umumnya biji-bijian) juga merupakan sumber khasiat makanan yang penting untuk hidupan liar. Ini terutama sekali benar dalam iklim sederhana di mana haiwan seperti gagak Eurasia dan tupai menyimpan acorn dan jenis-jenis kekeras yang lain semasa musim luruh dapat menyelamatkan mereka dari kebuluran lewat musim luruh, sepanjang musim sejuk dan awal musim bunga.

Kacang, termasuk kekeras dari pokok dan kacang tanah, merupakan antara alergen makanan yang biasa.[3]

Beberapa jenis buah dan bijian yang dikira sebagai kekeras dari sudut masakan:

Faedah pemakanan

Graf menunjukkan khasiat pemakanan daripada kekeras dan benih-benih berminyak.

Beberapa kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil kekeras berkemungkinan kecil untuk menderita penyakit koronori jantung. Ujian klinikal terbaru telah menemui bahawa pengambilan pelbagai jenis kekeras seperti badam dan walnut boleh merendahkan serum pekatan kolesterol LDL. Walaupun kekeras mengandungi pelbagai bahan yang dikatakan memiliki kesan cardioprotective, saintis percaya yang asid lemak Omega 3nya sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam tindakbalas kadar lipid (hypolipidemic) semasa pemerhatian ujian klinikal.

Sebagai tambahan kepada mempunyai kesan cardioprotective, kekeras umumnya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat rendah.[4] Oleh itu, pakar diet sering mencadangkan supaya kekeras dimasukkan ke dalam diet yang ditetapkan untuk pesakit yang mempunyai masalah rintangan terhadap insulin seperti kencing manis mellitus tahap 2.

Satu kajian mendapati mereka yang memakan kekeras hidup dua atau tiga tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak. Namun begitu, keadaan ini mungkin juga disebabkan mereka yang makan kekeras cenderung untuk tidak makan kurang makanan ringan. [5]

Jadual ini menyenaraikan peratusan pelbagai nutrien dalam empat biji yang tidak dibakar.

Nama Protein Jumlah lemak Lemak tepu Lemak politaktepu Lemak monotaktepu Karbohidrat
Badam 21.26 50.64 3.881 12.214 32.155 28.1
Walnut 15.23 65.21 6.126 47.174 8.933 19.56
Kacang tanah 23.68 49.66 6.893 15.694 24.64 26.66
Pistasio 20.61 44.44 5.44 13.455 23.319 34.95

Kegunaan lain

Kekeras dari pokok Buah berangan-kuda (spesies Aesculus, terutamanya Aesculus hippocastanum), dipanggil conker (pemecah) di Kepulauan British. Pemecah tidak boleh dimakan kerana ia mengandungi toksik glucoside aesculin. Ia digunakan dalam permainan popular kanak-kanak, dikenali sebagai conkers yang bermaksud pemecah, di mana kekeras tersebut dicucuk kepada tali pintal yang kuat dan setiap peserta mencuba untuk memecahkan pemecah lawan dengan menghentam pemecah lawannya menggunakan pemecahnya sendiri. Buah berangan kuda juga terkenal sebagai senjata lastik.

Satu spesies yang berkaitan, Aesculus californica, dimakan oleh Penduduk Asal Amerika di California semasa kebuluran selepas bahan toksik melarut keluar.

Rujukan

  1. ^ Alasalvar, Cesarettin; Shahidi, Fereidoon. Tree Nuts: Composition, Phytochemicals, and Health Effects (Nutraceutical Science and Technology). CRC. m/s. 143. ISBN 978-0-8493-3735-2.
  2. ^ Black, Michael H.; Halmer, Peter (2006). The encyclopedia of seeds: science, technology and uses. Wallingford, UK: CABI. m/s. 228. ISBN 978-0-85199-723-0.
  3. ^ "Common Food Allergens". Food Allergy & Anaphylaxis Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-13. Dicapai pada 2007-06-24.
  4. ^ David Mendosa (2002). "Revised International Table of Glycemic Index (GI) and Glycemic Load (GL) Values". Dicapai pada 2007-11-23. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  5. ^ "ABC News: The Places Where People Live Longest". URL accessed January 18, 2007.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!