Edisi ketiga Kejohanan CONCACAF 1967 atau lebih dikenali sebagai Kejohanan NORCECA dianjurkan oleh CONCACAF bermula pada 5 Mac 1967 sehingga 19 Mac 1967, bertempat di Honduras.
Dalam kejohanan ini, pasukan Mexico layak secara automatik atas tiket juara bertahan manakala pasukan Honduras merupakan tuan rumah.
Peringkat kelayakan
Dalam peringkat ini, setiap pasukan akan berada di dalam satu kumpulan dan akan melawan pasukan yang lain sebanyak satu perlawanan. Dua (2) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah. Juara dan tempat kedua bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir kejohanan ini.