Edisi ke-12 Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Buenos Aires, Argentina bermula pada 1 November hingga 17 November 1929. Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun 1928 kerana pasukan Argentina, Uruguay dan Chile mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1928 yang telah diadakan di Amsterdam, Belanda.
Setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan. Dua mata diberi kepada pasukan yang menang, satu mata kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.