Pada 18 Julai 2019, sebuah pembakaran sengaja dilakukan kepada Studio 1 Kyoto Animation di Kyoto, Jepun.[1] Kebakaran itu disebabkan oleh seorang lelaki berusia 41 tahun selepas 10:30 Waktu Piawai Jepun (JST). Dia menuangkan petrol ke dalam pejabat dan pekerja, sambil menjerit "Pergi mampus!" / "Matilah!" (死ねcode: ja is deprecated , shine). 36 orang disahkan terbunuh, manakala 36 orang lagi dihantar ke hospital. Lelaki itu dikejar oleh pekerja Kyoto Animation ke rumahnya di mana dia ditangkap oleh polis.[2]
Kejadian ini disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling teruk di Jepun sejak dua dekad lalu dan merupakan insiden pembunuhan beramai-ramai kedua terburuk dalam sejarah Jepun pascaperang.[3]
Kyoto Animation Co., Ltd. (Jepun: 株式会社京都アニメーションcode: ja is deprecated , Hepburn: Kabushiki-gaisha Kyōto Animēshon), disingkatkan sebagai KyoAni (京アニcode: ja is deprecated ) ialah sebuah studio animasi dan penerbit novel ringan yang ditubuhkan di Uji, Wilayah Kyoto, Jepun. Ia mempunyai beberapa lokasi yang berbeza di bandar tersebut. Studio 1 terletak di Fushimi. Studio 2 (pejabat utama KyoAni), Studio 5, dan bahagian pembangunan barangan dagangan terletak di Uji, dengan jarak sebuah stesen kereta api dari Studio 1.
Beberapa tahun sebelum serangan itu, Animasi Kyoto telah mendapat banyak surat ancaman kematian yang dihantar ke syarikat itu. Presiden syarikat, Hideaki Hatta, memberi ulasan dengan mengatakan beliau tidak mengetahui jika ia berkaitan dengan kejadian itu kerana ancaman itu dihantar secara tanpa nama.[4]
Kebakaran
30 minit sebelum kejadian, suspek dikatakan membeli kira-kira 40 liter gasolin di sebuah stesen minyak dan mendakwa bahawa gasolin tersebut digunakan bagi sebuah penjana. Suspek mengepam gasolin tersebut ke dalam dua buah tangki minyak berisi padu 20 liter setiap satu. Dia kemudiannya membawa bahan tersebut ke studio dengan menggunakan sebuah kereta sorong.[5] Suspek memulakan kebakaran di tingkat pertama bangunan dan dipercayai menyimbah gasolin terus ke arah mangsa.[6]
Kebakaran hanya berjaya dipadamkan pada 6:20 pagi (UTC) hari keesokannya.[7]
Siasatan
Suspek
Suspek tersebut telah dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 41 tahun yang bernama Aoba Shinji (青葉真司) dan menetap di wad Minuma, bandar Saitama.[5] Dia mempunyai rekod jenayah lampau apabila merompak sebuah kedai serbaneka pada tahun 2012 sebelum diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah.[8][9][10] Dia dibebaskan pada Januari 2016.[11]
Suspek tersebut telah menyerah diri kepada polis tidak lama selepas memulakan kebakaran sebelum dibawa ke hospital dengan kecederaan. Beliau mengakui telah memulakan kebakaran semasa pengangkutannya ke hospital sambil menuduh studio tersebut "meniru", "jiplak" atau "plagiat" (パクリやがってcode: ja is deprecated , pakuri yagatte).[2][12] Suspek dihantar ke hospital dengan kesan kebakaran di kepala dan bahu.[11] Soal siasat lanjut dinafikan semasa kecederaannya dirawat di hospital.[13]
Menurut saksi, suspek itu dikatakan telah berada di sebuah taman kira-kira 500 meter barat daripada lokasi kejadian pada petang hari sebelumnya, yakni pada 4:30 hingga 6:00 petang dan tidur di situ.[14] Saksi-saksi lain berkata bahawa seseorang yang menyerupai suspek telah berada di kawasan kejadian beberapa hari sebelum kebakaran berlaku.[15] Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek tiba di Kyoto pada 15 Julai dan meronda-ronda di kawasan bandar Uji, termasuklah kawasan-kawasan yang termasuk dalam anime Sound! Euphonium karya Kyoto Animation, sebuah anime yang berteraskan sebuah kelab muzik di sebuah sekolah tinggi Uji.[16]
Siasatan lajutan menemui bukti bahawa nama suspek tersenarai dalam kalangan penulis yang pernah menghantar karya novel kepada Kyoto Animation. Namun begitu, karya tersebut gagal melepasi semakan tahap pertama dan tidak diterbikan, serta tidak mempunyai sebarang persamaan dengan mana-mana karya yang diterbitkan secara rasmi.[17] Di samping itu, siasatan mendapati Aoba telah menghantar beberapa buah karya dalam pertandingan anjuran Kyoto Animation, lazimnya dengan tema kehidupan murid-murid sekolah tinggi.[18]
Setelah pulih daripada kecederaannya, dia ditahan secara rasmi pada 27 Mei 2020 kerana dakwaan membunuh dan dibawa ke balai polis Kyoto bagi siasatan lanjut; rancangan penahanan Aoba telah dilakukan sejak Januari tetapi ditangguhkan akibat perkembangan pandemik COVID-19 di Jepun serta keadaan kesihatannya yang tidak stabil.[19]
Bangunan
Bangunan tersebut terdiri daripada tiga tingkat dengan sebuah tangga berpusar. Menurut pihak bomba Kyoto, bangunan tersebut didapati tidak mempunyai sistem pemadam api seperti pemancur air, namun masih dibolehkan mengikut undang-undang Jepun. Bangunan itu telah lulus sebuah pemeriksaan keselamatan kebakaran pada Oktober 2018.[20]
Pada hari Selasa 28 April 2020, sisa-sisa bangunan tersebut telah siap dirobohkan. Kerja-kerja pembersihan tapak bangunan tersebut telah mula dijalankan pada bulan November tahun sebelumnya. Kawasan di sekeliling bekas tapak bangunan tersebut telah dipagari. Keluarga mangsa yang terkorban mencadangkan pendirian sebuah tugu peringatan di bekas tapak bangunan tersebut namun persatuan jiran tetangga kejiranan tersebut membantah cadangan tersebut atas kebimbangan pelawat yang datang nanti mungkin mengganggu ketenteraman penduduk setempat.[21]
Kesan
Mangsa
36 orang mangsa disahkan terbunuh,[22] dan 36 orang yang lain cedera[23] dengan 70 orang dilaporkan di dalam bangunan ketika kebakaran itu berlaku. Pada awalnya, kebanyakan mangsa dikatakan terkorban akibat keracunan gas karbon monoksida.[24] Akan tetapi, laporan bedah siasat pada 22 Julai menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa maut akibat kebakaran itu sendiri, manakala hanya tiga orang mangsa sahaja yang maut akibat keracunan karbon monoksida.[25][26] Kira-kira dua per tiga daripada jumlah mangsa ialah wanita, memandangkan syarikat tersebut lazim melantik juruanimasi dalam kalangan wanita.[27] Salah seorang mangsa tercedera ialah wanita dari Korea Selatan.[28]
33 mangsa yang maut dalam kejadian dijumpai di kawasan berikut:[7]
19 mangsa di tangga tingkat ketiga menuju ke bumbung;
11 mangsa di kawasan tingkat kedua;
Dua mangsa di kawasan tingkat pertama;
Seorang mangsa di tangga tingkat kedua menuju ke tingkat ketiga.
Seorang lagi maut dalam jagaan pihak hospital selepas kejadian.[29] Pada 27 Julai, polis mengesahkan bahawa seorang lagi mangsa meninggal dunia dalam jagaan hospital, meningkatkan lagi angka korban kepada 35 orang.[30] Pada Oktober 2019, pihak polis mengumumkan bahawa salah seorang mangsa yang merupakan seorang wanita 20-an meninggal dunia dalam jagaan hospital.[22]
Kesan harta
Selain kehilangan nyawa, presiden Kyoto Animation berkata bahawa semua bahan dan komputer di dalam bangunan musnah dijilat api, dengan kerugian harta yang disifatkannya sebagai ekstrem.[31] Namun begitu, pelayan komputer dalam tingkat pertama bangunan tersebut terselamat dan data-data yang disimpan, termasuklah lukisan-lukisan digital dapat dipulihkan tanpa sebarang kehilangan, dipercayai diselamatkan oleh dinding-dinding konkrit sekeliling pelayan yang menghalang kebakaran menghampiri pelayan.[32]
Kyoto Animation memerlukan kira-kira ¥10 bilion untuk mengembalikan fungsi syarikat serta membayar pampasan sokongan kepada magsa serta pihak keluarga mangsa.[33]
Reaksi
Sumbangan
Sebuah sumbangan GoFundMe dilancarkan berikutan kebakaran. Sumbangan tersebut meraih lebih daripada AS$130,000 dalam tiga jam pertama dan telah melepasi jumlah kutipan sebanyak AS$1 juta pada 24 jam pertama.[34]
Pada 24 Julai, pihak Kyoto Animation telah melancarkan sebuah pungutan sumbangan rasmi bagi kejadian tersebut. Pada minggu pertama, pungutan yang diperoleh sudah mencapai kira-kira ¥1.1 bilion.[33] Pihak kerajaan Jepun juga melakukan pertimbangan untuk mengadakan potongan cukai bagi sumbangan kepada Kyoto Animation.[35]
Reaksi lain
Sung Won Cho, seorang artis alih suara, memberi pandangan beliau terhadap kebakaran tersebut dengan mengatakan bahawa beliau terkejut bahawa "seseorang boleh melakukan sesuatu yang sangat mengerikan kepada orang yang telah membawa kegembiraan yang begitu banyak. Memang menjelikkan betul".[1]
Takahashi Yamamoto, datuk bandar Uji mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan dan berkata bahawa kejadian ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.[36] Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut mengucapkan takziah kepada pihak mangsa dan berkata bahawa beliau terkejut dengan kejadian tersebut.[37]
Setiausaha Agung PBB, António Guterres menerusi Pejabat Jurucakap PBB menyalurkan kesedihannya akibat kehilangan nyawa dan ucapan takziah kepada mangsa serta kerajaan Jepun.[38]
Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengutuk kejadian tersebut, di mana beliau menyatakan perasaan sedih dan terkejut terhadap kejadian.[39]
Presiden Kyoto Animation bercadang untuk merobohkan studio yang terbakar dan membangunkan sebuah taman awam atau tugu peringatan di tapak studio tersebut.[40]
Pihak perbandaran Kyoto telah mengeluarkan satu arahan pada 25 Julai agar pihak penjual gasolin dan minyak petrol untuk mengenal pasti identiti dan tujuan pembeli terlebih dahulu sebelum pembelian gasolin ke dalam bekas mudah alih.[6]
^"京都アニメ放火、33人死亡 41歳男「ガソリンまく」" [Kebakaran KyoAni, 33 orang kematian, lelaki berusia 41 tahun "menuang minyak gasolin"]. CHUNICHI Web (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^京アニ放火事件 現場の第1スタジオの解体工事が終了 [Kebakaran KyoAni: Kerja-kerja Perobohan Bangunan Studio 1 Telah Selesai]. NHK (dalam bahasa Jepun). 28 April 2020. Dicapai pada 3 Mei 2020.
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JapanTimes
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NHK1
^"株式会社京都アニメーション第一スタジオで発生した火災について". Laman rasmi bandar Uji (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.