Pada 14 Ogos 2022, sebuah kebakaran terjadi di Gereja Abu Sefein, sebuah gereja Koptik di lingkungan ImbabaGiza di pinggiran Kaherah, Mesir, dalam upacara Ahad dengan jemaah hampir 5,000 orang pada masa kejadian.[1][2][3] 41 orang maut dalam kebakaran tersebut, termasuk sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak.[4][5][2][6] Salah satu pendeta gereja, Abdul Masih Bakhit, juga maut dalam kebakaran tersebut.[7]
Latar belakang
Kebakaran akibat litar pintas sering terjadi di Mesir, dengan bangunan lazimnya tidak memenuhi piawai keselamatan, dan kurangnya penyeliaan berkaitan hal tersebut.[8][2] Sebagai contoh, kebakaran litar pintas berlaku di sebuah hospital pada 2020 yang menewaskan tujuh orang pesakit COVID-19.[2][6] Pada 2002, sebuah kebakaran kereta api yang menyebar ke seluruh gerabak mengorbankan 370 orang. Baru-baru ini, sebuah kebakaran di kilang pakaian di luar Kaherah menyebabkan 20 orang maut pada 2021.[6]
Gereja ini dinamai Saint Mercurius yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai Abu Sefein,[9] dan merupakan salah satu gereja-gereja terbesar di Giza, kota terbesar di Mesir setelah Kaherah. Perundangan Mesir mengatur pembangunan gereja secara ketat, dan dalam sejarah, pembinaan gereja memerlukan keizinan Presiden. Oleh kerana ini, pembangunan gereja tanpa izin tersebar luas, dan seringkali tidak mengikuti peraturan keselamatan kebakaran. Bagi gereja ini, walaupun pada awalnya ia dibina tanpa izin, tetapi akhirnya menjadi sah.[6]
Kebakaran
Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa kebakaran itu disebabkan oleh pendingin hawa yang rosak di tingkat dua gereja. Menurut Kementerian Kesihatan, sebahagian besar kematian berlaku kerana sama ada terhidu asap atau terinjak-injak untuk melarikan diri dari bangunan.[6]
Gereja ini memiliki bilik bayi di tingkat empat,[10] dan pihak berkuasa melaporkan bahawa sebahagian besar mangsa terkorban merupakan kanak-kanak.[1][11]
Rekod hospital tempatan menunjukkan bahawa 20 mayat diterima mereka, di antaranya 10 kanak-kanak, sementara satu lagi hospital menerima 21 mayat.[7] Seorang pendeta gereja tetangga mengatakan bahawa kanak-kanak dibawa ke tingat atasan untuk menghindari api berbanding dipindah keluar.[6] Saksi melaporkan bahawa orang-orang berusaha melompat ke tempat selamat dari tingat atasan untuk mengelak api.[7][1] Para saksi dilaporkan bergegas ke gereja untuk membantu mengeluarkan mereka yang terperangkap sehingga api dan asap menjadi terlalu besar.[1]
Mangsa terkorban kebakaran adalah yang terburuk dalam sejarah Mesir baru-baru ini, dan pihak negara itu memerintahkan siasatan.[7][6] Waris mangsa mengatakan bahawa pasukan paramedik dan bomba lambat tiba. Seorang saksi yang diwawancarai Al Jazeera mengatakan bahawa kenderaan bomba hanya tiba selepas dua jam,[6] sementara Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa lori bomba tiba dua minit setelah laporan kebakaran diterima.[7] Saksi mata melaporkan bahwa kebakaran terjadi pada pukul 8 pagi dan berlangsung selama dua jam.[12]
Walaupun gereja Koptik Mesir telah menghadapi diskriminasi, dan serangan agama, pihak gereja dan lembaga negara Mesir percaya bahawa kebakaran itu adalah tidak disengajakan.[4][13]
Reaksi
Presiden Abdel Fattah el-Sisi mengeluarkan pernyataan yang mengungkapkan penyesalannya dengan mengatakan "Saya menyampaikan belasungkawa yang tulus kepada keluarga mangsa terkorban, mereka yang tak berdosa telah meninggal bersama Tuhan mereka di salah satu rumah-rumah ibadah-Nya,"[2][4] Perdana Menteri Mostafa Madbouly mengumumkan bahawa setiap keluarga mangsa terkorban akan diberikan kompensasi 100,000 paun Mesir, sementara mereka yang tercedera akan diberikan hingga 20,000 paun Mesir. Menteri Solidariti Sosial mengumumkan bahawa Masjid al-Azhar dan kelompok masyarakat sivil lainnya akan menawarkan tambahan 50,000 paun Mesir kepada para korban dan keluarga mereka.[14] Masjid al-Azhar menyampaikan belasungkawa dan Imam Besar Al-AzharAhmed El-Tayeb menyampaikan simpatinya kepada Paus Koptik Tawadros II.[14]