Dek penerbangan dengan lompatan ski 13-darjah, 6 tempat tempat pendaratan sebaris di atas dek
Kelas Canberra adalah merupakan satu kelas kapal yang terdiri daripada dua buah dok pendaratan helikopter (LHD) yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Rancangan untuk meningkatkan armada amfibia RAN telah bermula pada tahun 2000, berdasarkan pada pengalaman Australia dalam mengetuai operasi Pasukan Pengaman Antarabangsa di Timor Timur. Pada tahun 2004, syarikat Perancis Direction des Constructions Navales (DCN) dan Sepanyol Navantia telah dijemput untuk menghantar cadangan tender, di mana DCN telah menawarkan kapal serangan amfibia kelas-Mistral manakala Navantia pula menawarkan rekabentuk "Buque de Proyección Estratégica" (kemudian ditauliahkan sebagai Juan Carlos I). Rekabentuk daripada Sepanyol telah dipilih pada 2007, di mana Navantia bertanggungjawab untuk membina kapal-kapal dari tahap lunas sehingga ke dek penerbangan, dan BAE Systems Australia pula akan mengendalikan fabrikasi sistem-sistem tempur dan komunikasi.[1] Akhirnya, Siemens (Jerman) akan membekalkan dan memasang "azimuth thrusters".[1]
Pembinaan kapal pertama iaitu, HMAS Canberra, dimulakan pada tahun 2008, di mana badan kapal telah dilancarkan pada awal tahun 2011, dan ujian-ujian laut pada awal tahun 2014. Canberra telah ditauliahkan pada bulan November 2014. Kerja-kerja pada kapal kedua iaitu, HMAS Adelaide, bermula pada awal tahun 2010. Adelaide telah ditauliahkan pada bulan DIsember 2015. Ia merupakan kapal terbesar yang pernah dioperasikan oleh RAN, dengan sesaran sebanyak 27,500 tonne (27,100 long ton; 30,300 short ton).
Kapal-kapal ini berpangkalan di Fleet Base East Sydney (yang mana telah mencetus komplen daripada penduduk berhampiran berkenaan bunyi bising jentera, bau ekzos dan halangan permandangan) dan seringkali beroperasi di luar Townsville, bertempat di Lavarack Barracks, iaitu pangkalan bagi Briged Ke-3, Tentera Darat Australia. Selain ditempatkan di North Queensland berhampiran dengan Asia dan Kepulauan Pasifik, salah sebuah batalion infantri dalam Briged Ke-3 iaitu Batalion Kedua, Rejimen Diraja Australia (2 RAR), telah dipilih untuk dijadikan sebagai batalioan infantri amfibia khas dalam tentera darat.
"Amphibious Ships"(PDF). Semaphore. Sea Power Centre – Australia. 2007 (14). October 2007. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 20 March 2011. Dicapai pada 22 February 2011.
Brabin-Smith, Richard; Schreer, Benjamin (17 November 2014). "Jump jets for the ADF?". Strategic Insights. Australian Strategic Policy Institute (78). Dicapai pada 28 November 2014.
Brown, Nick (28 June 2007). "Spanish designs are Australia's choice for warship programmes". International Defence Review.
Joint Standing Committee on Foreign Affairs Defence and Trade (2004). Australia's Maritime Strategy(PDF) (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 29 June 2011. Dicapai pada 15 October 2006.
Kerr, Julian (26 May 2014). "Australia could buy F-35B". IHS Jane's Defence Weekly. Dicapai pada 8 June 2014.
Kerr, Julian (22 December 2011). "Amphibious ambitions: expanding Australia's naval expectations". Jane's Navy International. Jane's Information Group.
Butterly, Nick (17 May 2014). "Jump jets on Defence radar". The West Australian. Yahoo7 News. Dicapai pada 8 June 2014.
Carter, David (23 October 2013). "Townsville's Berth 10 opens". Rebuilding the Nation. Faircount Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2016. Dicapai pada 24 December 2015.
Kennedy, Emily (11 September 2014). "Canberra sea trials a success". Navy News. Directorate of Defence News, Department of Defence. m/s. 5. Dicapai pada 14 September 2014.
Staples, Natalie (4 December 2015). "HMAS Adelaide enters service". Navy Daily. Royal Australian Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2021. Dicapai pada 7 December 2015.
Welfare, John (2 February 2012). "Beersheba's Battle Plan"(PDF). Army: The Soldiers' Newspaper (1274). Canberra, ACT: Department of Defence. m/s. 18. ISSN0729-5685. Dicapai pada 6 January 2017.
"Projects of concern – Update" (Siaran akhbar). Office of Stephen Smith MP, Minister for Defence. 15 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2012. Dicapai pada 5 October 2012.
George, Steve (20 June 2014). "LHD and STOVL: an engineer's view". The Strategist – The Australian Strategic Policy Institute Blog. Australian Strategic Policy Institute. Dicapai pada 28 November 2014.