Kanon (カノンcode: ja is deprecated ) ialah sebuah novel visual dari Key yang mula diterbitkan pada 4 Jun 1999. Keluaran pertamanya dihasilkan dalam versi PC. Keluaran seterusnya dihasilkan dalam pelbagai versi lagi seperti versi Dreamcast, PlayStation 2 dan PlayStation Portable. Setakat ini semua versi novel visual tersebut hanya diterbitkan dalam bahasa Jepun sahaja.
Kanon telah diadaptasikan kepada beberapa siri novel ringan, drama radio, manga dan anime bergenre romantik seinen. Siri pertama anime ini diterbitkan oleh Toei Animation dan mula disiarkan dari 31 Januari hingga 28 Mac 2002 dan mengandungi 13 episod kesemuanya. Pada tahun 2006, siri ini telah dibuat semula oleh Kyoto Animation sebanyak 24 episod dengan tambahan plot dan gaya lukisan yang baru.
Watak-watak utama
Yuichi Aizawa (相沢 祐一code: ja is deprecated , Aizawa Yūichi)
Ayu Tsukimiya (月宮 あゆcode: ja is deprecated , Tsukimiya Ayu)
Seiyuu:Yui Horie
Nayuki Minase (水瀬 名雪code: ja is deprecated , Minase Nayuki)
Seiyuu:Mariko Kōda
Makoto Sawatari (沢渡 真琴code: ja is deprecated , Sawatari Makoto)
Seiyuu:Mayumi Iizuka
Shiori Misaka (美坂 栞code: ja is deprecated , Misaka Shiori)
Seiyuu:Hiroko Konishi
Mai Kawasumi (川澄 舞code: ja is deprecated , Kawasumi Mai)
Seiyuu:Yukari Tamura
Watak-watak Sampingan
Akiko Minase (水瀬 秋子code: ja is deprecated , Minase Akiko)
Sayuri Kurata (倉田 佐祐理code: ja is deprecated , Kurata Sayuri)
Kaori Misaka (美坂 香里code: ja is deprecated , Misaka Kaori)
Mishio Amano (天野 美汐code: ja is deprecated , Amano Mishio)
Jun Kitagawa (北川 潤code: ja is deprecated , Kitagawa Jun)
Plot
Cerita
Kanon mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang tinggal di sebuah bandar.Kisah mereka semua berkaitan dengan seorang budak lelaki bernama Yuichi Aizawa. Kisah cerita ini bermula dengan Yuichi kembali ke bandar tersebut setelah 7 tahun meninggalkannya.
Tema Dan Latar Belakang
Kisah Kanon berlatar di beberapa bandar di Jepun seperti di Tokyo,Sapporo,Moriguchi dan Yokohama. Bandar yang digambarkan di dalam kisah ini sentiasa bersalji dan sejuk.
Terdapat beberapa tema utama bagi Kanon seperti perjanjian serta pelaksanannya dan keajaiban. Selain itu tema muzik dan tajuk bagi cerita ini juga dikaitkan dengan nama seni muzik klasik iaitu Canon in D.