Kampung Drift |
---|
Pengarah | Nevin Hiong |
---|
Penulis | Nevin Hiong |
---|
Lakon layar | Tommy Loh Puovin Sandera |
---|
Dihasilkan oleh | Nevin Hiong |
---|
Dibintangi | |
---|
Sinematografi | Nevin Hiong |
---|
Muzik oleh | Lee Nai Kong |
---|
Syarikat penerbitan | Mico Studios |
---|
Tarikh tayangan | 4 Ogos 2016 |
---|
Masa tayangan | 94 minit |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Kampung Drift merupakan filem aksi komedi cereka sains Malaysia 2016 arahan Nevin Hiong terbitan Mico Studios, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip.[1] Ia mengisahkan tentang Johan yang amat meminati sukan drift, namun ditentang keras oleh bapanya untuk menyertai sukan tersebut, minat Johan terhadap drift tidak pernah pudar.[2] Filem ini ditayangkan di pawagam pada 4 Ogos 2016.[3][4]
Plot
Mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.
Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.
Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur. Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.
Pelakon
- Syafie Naswip sebagai Johan — Remaja yang sedang mencari diri sendiri, cinta, erti kehidupan dan menemuinya dalam dunia permotoran drift serta sejarah lama ayahnya.
- Pekin Ibrahim sebagai Acai — Bekas pelumba drift yang selama ini hidupnya dihantui sejarah silam penuh duka, sehinggalah dia menemui impian hidupnya semula menerusi minat baru anaknya.
- Fatin Afeefa sebagai Julia — Rakan sekampung dan gadis idaman Johan yang beransur hanyut selepas berpindah ke Kuala Lumpur.
- Pablo Amirul sebagai Ray — Pakar pemandu drift yang sanggup melakukan apa sahaja dalam cuba menarik perhatian dan merebut cinta Julia dan Shiela daripada musuhnya, Johan.
- Jazli Hassan sebagai Bojeng
- Esma Daniel sebagai Pak Din
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Ayah Acai
- Yasmin Md Isa sebagai Shima / Ibu Johan
- Ieda Moin
- Zalfa Zain sebagai Shiela
- Syazwan Yunos
- Chen Sin Foo sebagai Pak Idun
Penerbitan
Kampung Drift diarahkan oleh Nevin Hiong dalam kerjaya sulungnya sebagai sutradara.[5] Beliau turut berkhidmat sebagai penerbit, penulis skrip dan mengendalikan sinematografi, kos pembikinan filem ini dianggarkan sebnayak RM1.8 juta termasuk promosi. Nevin berkata mengenai filem ini: "Saya dapat idea (untuk mengarahkan filem ini) kira-kira dua tahun lalu, ketika penggambaran dokumentari di China. Melihatkan perlumbaan drift di sana, terdetik untuk saya terbitkan filem sebegini. Bekerja dengan pelakon terbaik ini memudahkan kerja kami,".[6] Menurut Nevin, sebanyak 30 peratus elemen sains fiksyen telah dimuatkan dalam filem ini.[7]
Pekin Ibrahim yang sebelum ini bekerja dengan Hiong dalam filem Cerita Kita (2013) arahan Pierre Andre, memegang watak sebagai Acai, beliau mengingati pengalaman sewaktu menjayakan filem ini: "Kami bertemu di sebuah kedai mamak dan dia memberitahu saya bahawa saya adalah pilihan pertama untuk membintangi filem itu. Apabila saya mendengar cerita, saya diingatkan mengenai filem Chow Yun Fat ini yang pernah saya tonton sebagai anak kecil yang dikenali sebagai All About Ah Long,"[8]
Penggambaran dijalankan dari Ogos hingga September 2015 di beberapa lokasi menarik seperti Bukit Fraser, Genting Highlands dan Janda Baik. Berbeza dengan filem sukan drift tempatan lain, Kampung Drift menggabungkan genre aksi, komedi, drama dan cereka sains.[9]
Keluaran dan sambutan
Kampung Drift dikeluarkan pada 4 Ogos 2016 di pawagam seluruh Malaysia.[10]
Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Bibi Nurshuhada Ramli mengulas untuk New Straits Times menulis: "...teknologi yang digunakan cukup maju untuk membuat kita sekurang-kurangnya percaya bahawa masa perjalanan mungkin. Teknologi penggambaran tempatan sememangnya berkembang tetapi sejak seluruh filem itu tidak kelihatan futuristik, unsur perjalanan masa itu kelihatan tidak dapat ditandingi."[11]
Rujukan
Pautan luar