Kamera pantulan kanta tunggal (SLR; singkatan bahasa Inggeris bagi single-lens reflex camera) ialah kamera yang biasanya menggunakan cermin dan sistem prisma (oleh itu "pantulan" daripada pantulan cermin) yang membenarkan jurugambar melihat melalui kanta dan lihat betul-betul apa yang akan ditangkap. Dengan pantulan kanta kembar dan kamera penilik julat, imej yang terpapar dapat jadi berbeza nyata sekali daripada imej akhir. Apabila butang pengatup ditekan pada kebanyakan SLR, cermin dipetik keluar laluan cahaya, membenarkan cahaya melalui penerima cahaya dan imej ditangkap.
SLR format sederhana oleh Bronica (Model S2), Jepun. Model kemudian Bronica—Bronica EC—merupakan kamera SLR format sederhana pertama menggunakan pengatup satah fokus kendalian secara elektrik
(Pentax) Asahiflex 1952, Kamera pantulan kanta tunggal pertama Jepun.
Contaflex III kamera pantulan kanta tunggal dari Jerman Barat dari tahun 1957, dengan kanta 115 mm tambahan
Nikon F berasaskan filem 35 mm, 1959, sistem kamera pantulan kanta tunggal kedua dunia. Yang pertama ialah Praktina Kamera-Werke.
CanonPellix, 1965, kamera pertama menggabungkan cermin pelikel pegun.