KRI Teluk Ende

KRI Teluk Ende (517) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Teluk Semangka, jenis kapal pendarat kereta kebal yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Teluk Ende milik Indonesia merupakan kapal pendarat kereta kebal (LST (Landing Ship Tank) kelas Takoma. KRI Teluk Ende memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Ende dibina oleh Korea-Tacoma SY, Masan, Korea Selatan pada tahun 1982.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Teluk Semangka, KRI Teluk Penyu, KRI Teluk Mandar, KRI Teluk Sampit, KRI Teluk Banten, dan KRI Teluk Ende

KRI Teluk Ende mempunyai 117 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Teluk Ende dilengkapi sebagai kapal hospital terapung / mampu membawa 202 tentera infantari.

Kapal KRI Teluk Ende sepanjang 100 m X 15.4 X 4.2m (328 X 50.5 X 13.7 kaki) mempunyai kelajuan pada 15 batu nautikal. KRI Teluk Ende mempunyai seseran 3,770 tan penuh. Ia mampu membawa kargo sebanyak 1,800 tan penuh atau 690 tan untuk misi pendaratan.

KRI Teluk Ende mempunyai dek helikopter belakang untuk operasi udara bagi dua helikopter, dan mempunyai kemudahan pemerintah.

TORPEDO

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU

Tiada maklumat

MERIAM

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"

Tiada maklumat

TUJAHAN

Kapal KRI Teluk Ende mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan kuasa 5,600 bhp dengan kelajuan tempur 15 knot.

Pegawai pemerintah KRI Teluk Ende

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!